Khamis, Oktober 30, 2008

Berubah air muka aku

bX-h06hnp. Kod untuk menghubungi tokan dadah kawasan KL yang berniaga secara nomad. Aku tahu bekalan semua putus sempena nak dekat akhir-akhir tahun ini. Apa lagi tunggu?

Selepas 24 jam menunggu, akhirnya aku kecewa lagi sekali. Masih lagi tidak boleh untuk upload sebarang gambar. Sumpah sakit hati. Di atas merupakan error code yang blogger tunjuk setiap kali selepas percubaan meng-upload gambar gagal. Aku pun sendiri tak faham kenapa. Selepas aku buka forum, baca help topic banyak-banyak kali, masih aku tak dapat jawapan masalah aku ini. Aku nak mencarut ini. Tapi tak boleh sebab lagi beberapa jam aku ada first paper nanti suh-wey. Sekarang pukul 4.53 pagi, lagi 7 minit pukul 5. Jadi ada masa 4 jam lagi tinggal. Aku tak tahu aku nak tidur bila. Dah beratus-ratus kali tekan upload images, upload images. Tapi tak berhasil jugak. !@#$@%#%&E!

Pukul 9 pagi nanti first paper ialah BEL 260. Aku tak nak ambil mudah subjek ini, tapi apakan daya aku terambil mudah juga. Ya lah, kau nak suruh aku baca apa? Basic English Learning. 40% saja untuk final. Tapi, tak boleh ambil mudah juga. Sekarang aku sedang baca contoh karangan argumentative essay. Tapi masih pada perenggan pertama lagi. Baca, pergi baring kejap, hisap rokok, termenung, mengumpat etc etc etc. Sudahnya contoh essay yang aku google pukul 12 tadi tak luak-luak dibaca.

--------------------------------

Sebenarnya sangat banyak perkara yang aku nak tulis di sini. Seperti biasa, semua hanya akan terus di-save as a draft memandangkan aku mati akal. Tengah layan menulis tiba-tiba aku jammed. Jadi aku berhenti dan terus baca blog-blog orang lain. Aku tak suka macam ini lah, banyak sangat fikir benda yang bukan-bukan. Ok lah sekarang aku perlu tidur.

Jangan terlalu serius baca entri tak senonoh ini. Ya aku sedar, lain benar cara aku menulis kali ini. Nanti sambung.

Tiada ulasan: