Jumaat, Oktober 17, 2008

Hey nama saya Ironi

Selama 9 tahun aku bersekolah di boys school mendidik aku menjadi seorang yang kasar, kononnya tidak pernah faham orang perempuan dan bagi mereka (orang perempuan) aku memberikan mereka layanan sama rata. Tidak lebih tidak kurang. Apa yang kawan-kawan lelaki aku dapat, itu juga yang akan mereka terima. Masalahnya, aku tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk 'berlembut' atau melayan kerenah orang perempuan ini. Jadi, jalan terbaik adalah layanan sama adil. Bukan aku tidak cuba, banyak kali. Tetapi bila difikirkan balik memang itu adalah aku dan aku tidak perlu menjadi orang lain. Sebagai contoh kekasaran aku, seperti dialog di bawah:

"hey binatang buas, kau tahu kan...."
"barua hanjing...siapa suruh you buat...."
"haram jadah, berapa kali I..."

Kamu dapat lihat kan? Betapa teruknya layanan yang aku berikan. Perlu diingat, bukan dengan semua aku bercakap sedemikian. Hanya kawan-kawan perempuan yang aku sudah faham dan aku tahu mereka mampu terima perkataan-perkataan sebegitu. Kalau baru kenal aku terus bercakap dialog sedemikian, memang melampaulah kan.

Kadang kala selepas aku mengeluarkan kata-kata 'kesat' seperti di atas, aku akan terdiam sebentar dan mula merasakan perkataan itu terlalu kasar untuk di terima. Banyak kali. Tapi aku akan berterusan buat, tanpa sedar, yang sebenarnya bagi aku itu adalah cara untuk aku tunjuk yang aku mengambil berat tentang mereka. Sebagai contoh, aku maki rakan sekelas perempuan yang beria-ia memberi komen ketika group mates aku sedang present.
"Ahh kau, at least kitorang present. Daripada group you yang habuk pun tarak apa cerita?"
Sebenarnya tujuan aku baik. Tapi aku menegur dengan keras. Dah aku memang begitu. Apa aku boleh buat.

Ironinya, aku bukan yang jenis menunjukkan sayang aku dengan kata-kata manis. Bila aku sudah sayang seseorang, aku lebih memilih jalan untuk tunjuk yang aku sayang mereka dengan perbuatan. Apa kau nak? Apa masalah kau yang aku boleh bantu? Siapa yang bermasalah dengan kau? Jika aku mampu, aku tunaikan. Jika tidak mampu, aku akan pastikan bagaimana pun kau tidak akan kecewa. Itu aku.

Dan, di dalam blog ini aku sendiri perasan yang ayat-ayat yang disusun di sini, bukan ayat 'basahan' aku. Perkataan yang aku gunakan seharian. Menyimpang jauh. 

Sebab itu perempuan-yang-ingat-aku-'batak'-sangat-untuk-menegur-dia yang tidak begitu kenal siapa aku, panggil aku 'Mat Bunga'. (lihat aku masih tahu berlemah lembut tahu. Ikutkan perasaan, aku tulis betina bukan perempuan)
Ironi kan?

2 ulasan:

::SNEAKERS::HIGH-HEELS:: berkata...

xpe...xpe...paham.
biase lah, bkan sengaje pun nak ckp kasar kan.
tp klau nak brcakap tu baru sedar,bleh susun balik ayat dlm pikiran.
:D

MaGGoT World berkata...

Hahaha...mostly guys dont show their love in words..its in their action...a small little action can speak louder than word..

knal ko x der la lame sgt...but i noe u well..HAHAHAAH XD XD