Khamis, Oktober 09, 2008

Lambakan assignment bukan satu halangan, beb


Satu perkara yang pasti.
Aku pun turut tumpang bersimpati dan terharu, sangat terharu.

Apa kata kamu? Kapal yang sedang terbuai-buai dihempas ombak ganas, kebocoran sana sini, punya terlalu banyak nakhoda yang bergumpalan mahu menggepalai arah tuju, akhirnya punya satu destinasi...mungkin.

Kita nantikan Mac depan.

Buat Abdullah Ahmad Badawi, syabas kerana memilih jalan yang benar sebenar benarnya, dan terima kasih atas segala apa pembaharuan/kemajuan/percakaran yang di bawa. Terima kasih.

--------

Aku tahu diri aku. Aku tidak boleh terlalu serius untuk mengambil tahu hal ehwal politik ini. Muak, basi, jelik dan perasaan yang sewaktu dengannya. Jadi, sekarang aku hanya jadikan isu-isu politik ini satu lawak jenaka. Naik satu isu ini, aku gelak. Keluar satu isu ini, aku gelak lagi. Seronok tahu.

Buku: Aku belum habis baca. Mungkin dilihat pada muka hadapan, satu lagi kontroversi bakal muncul. Tapi, bila mula baca, tiada apa-apa pun bagi aku. Ilmiah, sangat ilmiah.

Buku itu tanda hadiah. Hadiah daripada seorang rakan yang tidak aku kenal lama, tapi kami sangat ngam. Berapa lama kau kenal seseorang bukan satu isu, tapi penting hadirnya chemistry, punya soul. Dia lelaki ok, ini bukan nukilan cinta. Punya personaliti unik masing-masing. Rapat dan semakin rapat. Datuk-nya penulis buku tersebut. Sangat bermakna, bila kau dapat buku cetakan pertama dan tanpa sebarang cetakan harga pada buku tersebut. Lagi-lagi, benda percuma. Suka gila aku.

Juga kemungkinan hal saman menyaman berlaku, lebih membuatkan dada aku berdebar-debar. Seperti aku terlibat sama. Adrenalin memuncak-muncak ini.
Walauwehhhhhhhhh

6 ulasan:

MaGGoT World berkata...

So how was the book??...

some review maybe??..
;p

LoveyAshLiecious berkata...

hey. nice meeting u too.
*in virtual*
haha.
id: galsenorita
catch u later somewhere!
:)



p/s: selamber i je comment kt cni.:p

Ferdows berkata...

maggot,
not yet finish maa
Salina mana bai? Salina
lol xD

loveyashliecious,
nanti orang ingat i menggatal in blog pulak
hahahaha

MaGGoT World berkata...

hoi!!...bukan ko jugak yang kate..tunggu ko habis final bru bagi..aku bagi ko buku tu..then ko bace buku tu x sdar diri nanti..hahaha

::SNEAKERS::HIGH-HEELS:: berkata...

i sokong anwar!!!
sori ek, teremosi lak

Ferdows berkata...

sneakershighheels,
Is it I mentioned I am Anwar's supporter or against him?
Politic is a quiet pretty 'shit' for me
Like i said, untuk gelak2 je
take it easy ok;)