Selasa, Oktober 21, 2008

Minda Mahathir

Hari sabtu yang lalu aku ada peperiksaan akhir untuk Minda Mahathir. Minda Mahathir adalah aktiviti ko kurikulum aku untuk semester kedua di sini.

Benda sebenarnya sangat mudah. Tapi, seperti biasa aku ini terlalu paranoid. Baca bagai nak rak malam sebelum periksa, sudahnya soalan nombor 1 aku tak jawab. Jangan risau, soalan ada 5 hanya perlu jawab 3.

Kamu tahu tak bagaimana perasaan bila mana kamu terasa terlalu hipokrit semasa menjawab soalan-soalan peperiksaan tersebut? Dan, aku rasakan aku telah melakukan satu kesalahan besar. Aku telah dihantui atas perbuatan 'menipu' aku sewaktu menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas.

'Menipu' di sini bermakna aku terpaksa berpura-pura bersetuju dengan segala-galanya. Sebagai contoh, soalan bertanya pendapat aku tentang Islam Hadhari. Aku dengan panjang lebar mengulas lanjut dan menyokong pendekatan Islam Hadhari. Ok, itu satu 'dosa' besar yang telah aku lakukan.

Selain itu, soalan tentang Wawasan 2020 dan cabarannya. Aku menjawab dengan begitu 'tenang' tetapi sebenarnya aku memberontak untuk menulis yang nyata daripada yang batil'.

Kamu semua mahu aku repeat ko-kurikulum ke? Jadi, aku ambil pendekatan mudah. Bagi aku, aku adalah golongan minoriti. Tak semua dengan mudah mampu duduk 'sekapal' dengan aku/kau/kita. Pendekatan yang terbaik adalah dengan menyertai mereka walaupun terpaksa berpura-pura.

Kau gila jika aku ingin menjawab soalan berbunyi seperti "Islam Hadhari adalah satu produk yang gagal. Pada pendapat saya, Islam Hadhari bermaksud Islam 'yang ada hari'. Ada 'Had' dalam beragama. Mungkin hari ini kita Islam, esok hari kita tidak Islam." Itu jawapan di dalam hati. Tetapi di atas kertas aku puji dan bodek habis baik. Begitu juga dengan Wawasan 2020 yang aku yakin tidak akan tercapai pun. Tinggal lebih kurang 12 tahun. Tak cukup masa kan? Kita semua perlu sedar, wujudnya term 'Survival of the fittest'. Tindakan 'mengipas lebih' untuk markah yang banyak adalah satu tindakan genius. Tak begitu?

Akhir kata, jangan kamu samakan aku dengan Chedet. Jauh panggang daripada api!

F/N- 'Minda Mahathir' juga akan ditukar nama kepada 'Ketuanan Orang Melayu'. Tapi, fokus masih tentang Chedet. Sampai bila soal pendidikan ingin dipolitikkan?

4 ulasan:

MaGGoT World berkata...

Well...if u cant beat them..join them..then kill them slowly from inside..
hahahaha :)

everything is about politik..mmg something yang kita x boleh nak lari dah skarang nie..

blitzizni berkata...

maseh lg minda mahathir?
bukankah pemikiran pemimpin?
buhsan aku baca notes dia..
propaganda
lec amat pro gov..
duh sabar je la

fathiah zulkafli berkata...

owh yeaaa.i know that feeling.it was similar masa kitorang pegi BTN dlu.sebabkan nk fly so diorang brain wash habis student2 yg nk dihantar ke oversea.kitorang sume bkn tatau mana btul mana salah tapi masa jawab paper terpaksa hipokrit.ada my fren jwb x pro-gov trus fail BTN n nyaris2 x boley fly.nsb leh repeat n after dibodek sakan lulus la.diorang sndri hipokrit which demands us 2 b d same too.yeaaa if we can't beat them,join n kill them slowly.mcm org tua2 ckp la.berbaik2 dgn musuh sbb dr situ kita boleh tau kelemahan diorang.but then at d same time bhati2 jugak dgn kelemahan kita supaya tak jelas pd pndgn diorang

Ferdows berkata...

maggot,
macam-macam..:P

blitzizni,
ya masih lagi minda mahathir
alah, tukar nama but still focus on him pun
tak faham tak faham

fathiah,
:)
good one