Khamis, Oktober 23, 2008

Persuasive Speech


Puas. Perkataan pertama untuk menggambarkan perasaan aku ketika ini. Gembira. Perkataan kedua untuk menceritakan bagaimana berbunga-bunga hati aku selepas selesai semuanya. Bagi aku, I did a very very very great job. Aku yakin. Tapi yakin aku bertempat dan tidak pula terlebih yakin.

Perkara yang paling aku syukuri ialah satu kelebihan dalam diri aku. Di mana, rakan sekelas lain akan duduk senyap dan fokus jika aku sedang membentangkan apa-apa di hadapan. Seperti 'dipaku' pada kerusi masing-masing. Terima kasih aku ucapkan. Secara jujur, jika orang-orang lain yang berada di hadapan pula, aku kadang berborak, sms atau 'melayang' jauh. Tapi, bagaimana aku buat begitu terhadap mereka, tiba masa aku pula ke hadapan, mereka semua tidak 'membalas dendam'. Itu perkara yang kadang membuat aku merasa serba salah. Ini bukan menulis dengan nada riak dan amat angkuh sekali. Ini adalah kelebihan diri yang aku rasa mampu dibanggakan dan ingin aku tulis di sini. Daripada aku sentiasa mencanang cerita sedih tentang diri dan seolah-olah hidup aku penuh 'bangsat' buat apa? Mohon rayu simpati? Meluat tahu.

Jadi, seperti yang boleh diperhatikan pada gambar di atas. Meringkaskan cerita, aku rasa aku begitu menyerlah kerana:
1. Aku berada di hadapan melebihi tempoh masa 10 minit yang ditetapkan. Hampir 25 minit aku rasa?
2. Bertubi-tubi soalan yang perlu aku jawab sehingga tekak aku sangat kering dan aku 'mencanak' mencari air selepas tamat ucapan.
3. Pada awal sesi soal jawab aku telah dicop sebagai Melayu tidak mahu mengaku Melayu.
4. Seorang rakan kelas bertanya "adakah kau tidak takut selepas mempengaruhi kami untuk membaca blog, lebih ramai Melayu seperti kau 'lahir'?" Kau tak rasa soalan ini lucu?

Banyak lagi sebenarnya. Tapi berdasarkan 4 perkara di atas boleh dilihat apa yang membuatkan aku sangat-sangat berpuas hati.
Feed back. Maklum balas yang diterima adalah penting melainkan aku memang keluar ke hadapan untuk memberi ucapan 'sampah'dan kemudian kembali ke tempat duduk seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Aku tanya kepada lecturer public speaking
"Miss, do you think that I am good in manipulating people?"

"No, you are good in provoking people" Jawabnya.

Aku tersenyum dan aku pun baru sedar yang selama ini aku memang pandai untuk provok orang. Teknik yang sama aku gunakan Isnin lalu ketika sesi soal jawab, kerana kita semua sudah tahu orang Melayu memang sangat cepat melatah bila kamu persoalkan hak Bumiputra/Melayu. Hahaha.

Apa pendapat kamu?

7 ulasan:

MaGGoT World berkata...

"adakah kau tidak takut selepas mempengaruhi kami untuk membaca blog, lebih ramai Melayu seperti kau 'lahir'?"

Aku respek kau D.kalau aku yang ada kat tempat kau sekarang jawapan aku adalah "tidak,sebalik nya saya berbangga kerana saya dapat membantu melahirkan bangsa yang tidak takut cabaran dan tidak takut untuk keluar daripada kepompong keselesaan."

Aku rasa kelebihan kau bukan hanya untuk provoke orang tapi kau jugak pandai menyusun kata untuk membuat orang dengar apa yang cuba kau sampaikan.

Kudos Bro!!..

Ferdows berkata...

Maggot,
Thanks ;)

Ami Schaheera berkata...

kena pakai perfume provocative kot :P

Najlaa Raihana berkata...

oh yea..and also somehow u have the ability to at least attract me to keep on reading your posts for quite a while even tho this is my first visit..=p

greetz from me...nice posts, nice blog! =)

adlynndiyana. berkata...

cool
and im one of them who are amazed by you ;)

Ferdows berkata...

ami,
brand apa tuh?:P

najlaa raihana,
thanks. Appreciate it much:)

Ad,
kih kih kih:P

syana berkata...

hey.. your speech was great..
i tabik! i wanted to do something great like that tapi i takot melayu2 ni melatah.. biasalah, melayu..
but, i bersyukur ada org mcm u in our class. if not mati kutu gue!