Rabu, Oktober 08, 2008

Raya dah habis ke?




Kamu kalau nak tahu, ketupat di atas adalah 'air tangan' kaum Adam. Lelaki. Jantan. Bukan Kopi Jantan. Di rumah, hanya bapa aku seorang yang mahir, sangat mahir menganyam ketupat. Sumpah semua ketupat di atas dia seorang saja yang buat. Aku hanya bantu proses merebus sahaja. Lama tahu rebus ketupat. Bapa aku memang hebat bab-bab menganyam ketupat. Aku pernah cuba, patut menjadi ketupat tapi menjadi tudung saji, bakul dan tikar. Tak ke pelik. Memang aku tak dapat mewarisi bakat bapa aku. Mak aku? haa lagi-lah memang tak dapek den menolong. Tapi, stok ketupat di atas memang takkan dapat simpan lama. 2 hari sudah cukup untuk habis. Ramai saudara-mara bertandang-lah katakan.

Rendang mak aku? Jangan cakap-lah. Super pedas dan kerisik untuk memasak rendang tahun ini, aku yang goreng tahu. Seronok tengok tetamu berselera makan. (padahal goreng kerisik saja)
5 Syawal yang lepas, hari jadi aku. Tiada seorang pun yang wish. Hari jadi kalau ikut bulan Islam-lah. Tahun 1989 bulan Syawal masa bulan Mei. Macam pelik saja? Nasib nama aku bukan Syawal kerana mak bapa aku mahu semua nama anak-anak bermula dengan huruf F. 

Aku patut berhenti. Mungkin sudah cukup untuk entri-entri berbaur Hari Raya. Banyak benda lain yang aku mahu cerita. Sebelum aku lupa, kamu kalau tidak suka cara aku menulis blog, aku merayu tak perlulah baca. Suka aku-lah 'mat bunga' ke, psycho ke, dah nama pun blog aku. Kamu baca dan pergi bercerita belakang tentang aku buat apa. Rugi air liur dan masa kamu saja.
Bodoh.

20 ulasan:

Rozana Alia berkata...

Eh you lah bodoh! Pergi letak gambar makanan buat apa? Buat I rasa lapar you tau!MELETUP YOU!!! (gaya bapok gitu auwww auwww)


hahaha :P

jac berkata...

ah,
pedulik kan ap org kate..
aku ske bce..
heh

Ferdows berkata...

Roe,
apa u ni!
hahahaha
it should be like this
MElETOOOPPP MAK HAYAMMM.
hahahahaha

Jac,
thank you;)

Rozana Alia berkata...

wahhh you lagi terror dan pro dari I rupanya hahahahahahahaha. Ok, I bayangkan you pakai wig sambil cakap tu! SO KELAKARRRRRRRRRRRRRRRRRRRR

Ferdows berkata...

Geli dowh.
Jangan main gila
benda I suka plak dialog2 pepondan ni
tapi, I AM STRAIGHT OK
STRAIGHT LIKE AN ARROW
hahahaha

MaGGoT World berkata...

Woi!!...sumpah mengundang rendang mak kau!!...aku dah lapar juz by watching the picture...buat la rumah terbuka tapi nak rendang mak kau!!!..

Roe-u cant challenge Dhaous kalau in acting being pondan..he`s a pro..hahahaha

Diloz berkata...

mak aku nyer rendang lagiii sedap.die beli kat mane ntah.hha.

abuyugen berkata...

lazatttt.... minat skit wat buka posa nam sat gi..

Ferdows berkata...

Maggot,
tahu tak pe
Meh lah datang rumah, tapi lps raya lah
hahaha

Diloz,
haha. Tak baik la kau;P

abuyugen,
mcm mana nak bagi?xD

sickchild berkata...

haha. sedap gila weh.

Ferdows berkata...

sickchild,
tahu tak apa!
meh la datang raya umah:))

fathiah zulkafli berkata...

u buat orang di perantauan jeles okes tengok rendang mak u.isk isk.nak balik!!!!!!!!

Ferdows berkata...

fathiah,
heheheh
Jom ah tukar tempat
I teringin nak bwk diri jauh2 dri Mlysia;)

fathiah zulkafli berkata...

dulu i mcm u.nak lari dari malaysia n i dapat lari sampai sini.tapi sekarang i nak lari dari sini pulak.tapi kita kena sedar,kita tak boleh lari dari masalah.ouch!life can really be painful.

Ferdows berkata...

fathiah,
it's not all about nak lari from masalah or what
I nak merasa hidup jauh di perantaun:P
give me a chance lah
hehehehe

LoveyAshLiecious berkata...

makanan-makanan yang sgt tempting semasa raya. yumyum.
btw, raya belum habis lah. kan sebulan. salam aidilfitri.





p/s: duit raya mana? ehee.

Ferdows berkata...

loveyashliecious,
Helooooo;)
tahu tak apa
ternak badan je time2 raya ni
ahah
btw, for me raya dah habis because I dah back to study mode here at Melaka:(
Salam aidilfitri to u too:)

LoveyAshLiecious berkata...

eh u pun di mlk?
kecil eh dunia ni. haha.
my raya sudah pun berakhir since i balik mlk on 3rd of raya aritu. lagi cepat xhengat. :(

patut la i mcm kenal je ur location profile pic, if im not mistaken, location-nya nearby portugis settlement kan?

Ami Schaheera berkata...

damn. i want rendang daging, like right now.


argh! mana nak dapat!! cis ferdows masakkan cepat, complete with ketupat tekupat.

Ferdows berkata...

Ami,
hehehehe
KENAPA PRIVATE BLOG!!
:'(
Hohohoh