Khamis, Oktober 30, 2008

Sweet Escape







Jika tempoh hari, sebuah buku aku terima secara percuma, Ahad yang lalu pula aku ke rumah penulisnya. Awalnya aku hanya membayangkan sebuah kawasan rumah yang biasa-biasa saja, tapi jangkaan aku meleset. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Sebuah kawasan rumah seluas 5 padang bola sepak, jauh di dalam kawasan pedalaman, puluhan gazebo/wakaf untuk duduk berehat-berehat, beberapa buah rumah pelbagai bentuk, taman-taman bunga, kolam-kolam ikan, dan paling menenangkan hati aku ialah sungai jernih yang mengalir di sepanjang tepi kawasan rumah itu. Tenang, sangat tenang. Boleh di umpamakan ianya seperti resort atau chalet jauh di dalam pedalaman Janda Baik. Siap dengan pentas untuk menari 'rewang' apa cerita bai? Bezanya ia bukan untuk disewakan.

Selepas minggu-minggu sibuk dan penuh tekanan walaupun kelas tamat 3 hari awal, 6 jam di sana memang aku peruntukan untuk merehatkan diri dan menenangkan fikiran. Juga, selepas masa-masa sukar yang aku lalui untuk tahun ini, dibuang dan diperlakukan ibarat aku ini tidak punya hati dan perasaan, ibarat sampah, memang 'sakit'. Secara jujur, aku masih 'koyak'. Ada masa, aku akan berfikir panjang, sangat panjang dan aku masih tidak boleh untuk tidak menyalahkan diri aku atas segapa apa yang berlaku. That was mean. Very mean. (ya aku tahu, geli baca part ini. Aku sendiri pun nak muntah. Tapi, apa boleh buat aku kan 'mat bunga')

Berbalik kepada cerita asal, aku rasa Ahad lepas hari paling seronok untuk bulan ini. Walaupun perkara tak dirancang, turun saja bas daripada Melaka dan tiba-tiba sudah ada di dalam perut kereta menuju ke Janda Baik. Selepas 45 minit perjalanan, kami sampai. Reaksi pertama aku,
"Wow! Nice one. Dengar cerita korang semua balik lah KL. Tinggalkan aku kat sini!"

Jumpa datuk kawan aku, pak cik-pak cik dia, salam laga-laga pipi (ini bukan gaya 'abang-abang', ini kerana mereka keturunan Arab) kemudian mengumpat dengan Roe sampai malam. Banyak betul benda nak kena up-date. LOL. Selepas bbq, kami bergerak balik KL. Sekarang aku sudah ada tempat paling menarik untuk escape daripada apa-apa. Mungkin selepas ini, jika ada masalah berlaku lagi, matikan handphone untuk beberapa hari dan gerak lepak di Janda Baik. Borak-borak dan belajar cara 'membaca' orang lain dengan Syed Hussein macam best. Akhir kata, rumah buluh di atas bagi aku benda yang sangat menarik aku jumpa di sana. Kan?

-------------------------

Pernah tak, kamu boleh 'masuk kepala' dengan seseorang tak perlu makan berbulan untuk kenal betul-betul. Jumpa 2-3 kali, terus ngam soii macam kenal bertahun. Ini orang panggil chemistry ke?

F/N- Akhirnya selepas 3 hari, dapat juga upload gambar. Kalau tak aku dah delete blog dah. Cewah.

5 ulasan:

david santos berkata...

Beautiful posting!
Nice pictures and pretty colores!!!
Terima Kasih!!!!!!

syana berkata...

hey dhaus.. nice blog..
btw, nice pic u have der..
janda baik ke tu??
is it open to evryone??
gler tenang kot...

Rozana Alia berkata...

Yeah man. It's called fucking chemistry! And this chemistry is going to last until my very last breath yawwwwwww!

Ferdows berkata...

david santos,
thanks
(aku melayan je padahal aku was-was ni)
hahaha

Syana,
thanks
U shouldnt mentioned my real name here
hehe
yeah, it's Janda Baik
tenangkan?:)

Roe!
that's maaa man!
gila u potong rambut BOOBS cut kan
haha
BOB cut sudah:P

syaNa berkata...

ahaha.. opps.. so sorry.
yeah, sangat tenang...
susah nk cari tempt setenang itu sekarang.