Selasa, Oktober 07, 2008

To the glam guy I wanna wish a very glamorous raya.....

See, tak sangka buah cempedak boleh jadi nangka. Eh, tak sangka aku adalah 'glam guy' yang bertakhta di hati setiap orang yang aku kenali. Itu adalah sms raya yang buat air mata aku mengalir, Hak tuih. Raya bagi aku, saban tahun makin kurang meriah. Kurang nikmat. Kurang terasa.

Pagi raya aku bangun selepas tidur hanya selama 2 jam. Bersiap dan bergegas ke masjid. Ya, BERGEGAS. Tapi, hampeh. Masjid penuh dan sudahnya aku lepak di pintu masjid, merokok, pung pang pung pang borak bersama rakan, konon marah urusetia masjid yang tak sediakan sejadah (seriously, sembahyang atas jalan tar pun aku tak kisah, tapi nak buat macam mana?) dan pulang ke rumah untuk makan ketupat rendang serunding ayam masak merah daging masak sate, banyak-banyak. Banyak kan mak aku masak? Selepas sesi bersalam-salaman, bermaaf-maafan bersama keluarga, aku pergi 'market' kan diri di tanah perkuburan Kampung Puah Seberang (sekarang timbul persoalan mengapa masyarakat kita hanya ke kubur waktu hari raya? Aku pernah baca, ada ulama cakap tak baik tahu seolah-olah kita beramai-ramai 'berpesta' ke kubur, pakai baju cantik dan sebagainya. Pendapat kamu?) Sebab itu aku cakap aku pergi 'market' di kubur. Perempuan pakai kebaya ketat kain jarang-jarang, pakai shades pun ramai tahu ke kubur waktu hari raya. Cuci mata, beb. Betul tak apa aku cakap? 

Selepas pukul 1 tengah hari, aku pun memulakan sesi 'beraya' aku bersama bantal peluk dan unbuttoned baju Melayu aku di atas tilam empuk. Nikmat bai. Bangun petang raya dan menangis kerana duit raya aku kurang tahun ini. Saudara mara yang datang rumah aku, 2-3 orang saja tinggalkan ang pow pada mak aku. Sedih tahu. 

Kebanyakkan sms yang aku terima pada malam raya, aku tak reply. Tiada masa aku melayan mass message. Apa benda kamu buat hantar message yang kamu taip sekali dan send to many? Macam tak ikhlas. Jadi, aku hanya reply message yang betul-betul tertulis nama aku atau memang spesifik untuk aku. Dan, hanya satu message daripada aku yang ditaip one shot dan send to many. Itu pun hanya untuk 5 orang sahaja tak lebih. Masih spesifik tujuannya bagi aku. Secara jujur, aku lebih prefer untuk membalas balik message yang betul-betul di taip satu-satu untuk aku. Seperti bunyi message pada tajuk entry ini. Ikhlas kan itu? Jadi, memang no point jika kamu texted aku tapi kamu tak ikhlas. Pergi jahanam. Kamu mahu terasa? Kisah pula aku.

Ok, itu saja cerita raya aku. Nanti sambung.

Tiada ulasan: