Khamis, November 06, 2008

Aku bukan malaikat, mampu puaskan hati semua orang

Entri yang bawah ini, komen daripada salah seorang pembaca buat aku runsing. Semua apa perkara yang dia katakan, aku akui memang betul. Bagaimana aku mahu mula.

Banyak benda yang aku janji pada diri aku sendiri dahulu, aku sudah langgar. Perkara-perkara yang aku janji pada diri sendiri untuk tidak aku buat bila mula menulis blog. Antaranya:

1. Aku tidak lagi kekal anonymous. Aku dedahkan identiti aku dan mula tunjuk gambar muka aku.
2. Gaya aku menulis mula menjadi klise. Bosan.
3. Aku mencatat hampir segala apa yang aku lakukan. Awalnya, aku kata aku tidak perlu menjadikan blog ini sebagai sebuah diari online, tapi aku buat juga. Sebelum ini, cara aku menulis segala perkara yang berlaku di sekeliling aku dengan cara aku. Dengan cara penyampaian yang berbeza. Terlalu banyak bercerita tentang diri sendiri kebelakangan ini.

Kamu tahu, bukan mudah untuk aku mengekalkan gaya penulisan aku yang lama. Boleh kita terima ini semua sebagai satu evolusi? Evolusi cara aku menulis? Aku bukan tidak lagi mahu menulis isu-isu semasa. Sama ada politik atau perkara lain. Tapi, aku dapat rasakan orang mula muak dan jelik dengan isu-isu politik. Jadi aku berhenti. Lagipun, aku perasan jika aku memberi buah fikiran aku tentang sesuatu isu, komen para pembaca tidak banyak. Tidak mendapat sambutan. Ya aku berlaku jujur di sini. Aku perlukan komen-komen membina. Aku perlu 'dihentam' sekali-sekala. Ini asyik 'menghentam' sana sini, tapi aku tidak pernah terkena pula. Ada-lah sekali kena dengan Sejarah Melayu. Haha. Tapi, itu tidak mencabar sangat. Kali ini, padan muka aku. Walau satu kritikan daripada Tanpa Nama, aku sudah tak keruan. Fikir terlalu banyak walaupun aku boleh dengan mudah membalas "ah peduli apa aku? Dah nama pun blog aku" Tapi tak boleh, aku kena fikirkan juga. Aku perlu berusaha untuk menjaga hati semua orang. Tapi bagaimana?

Aku bukan mahu meletakkan kesalahan ini pada bahu orang lain. Tapi, aku sedar kita ini manusia. Kadang ada perkara menyakitkan berlaku terhadap kau, sedikit-sebanyak akan memberi kesan. Sama ada sedar atau tidak, kita tidak tahu. Sama seperti keadaan sekarang yang berlaku terhadap aku.

Aku rasa mungkin aku perlu muhasabah diri semula. Rehat sebentar, dan dapatkan kembali 'taring' aku dan 'sengat' yang sudah mula hilang bisanya. Berjaya atau tidak, aku tak pasti. Jika tidak berjaya, sekali lagi, "Aku bukan malaikat boleh puaskan hati semua orang"

Terima kasih daun keladi, atas kritikan membina saudara/saudari.
Ewahh.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mahu tidak mahu, kita sebenarnya hidup untuk memuaskan hati semua orang. percayalah. kerana kita juga mahu hati kita dipuaskan, bukan?

ucapan selamat untuk memperkasakan semula taring kamu. saya tahu kamu ada rencana yang lebih hebat selepas ini.

d2 berkata...

ermmm...
actually...
hidup ni memang macam tue..
kadang2 keadaan mendesak untuk kita melakukan apa yang di luar jangkaan kita..
semuanya terpulang pada diri sendiri...even myself pun macam tu..
cuma pegang satu prinsip jer biler hidup..
pedulikan apa org nak cakap as long kiter tau kiter betul sebab kiterlah yang akan menentukan hidup kita sendiri
"follow what your heart desire because you are the pilot of your own life"