Jumaat, November 21, 2008

Di setiap kejayaan seorang lelaki, ada seorang perempuan dibelakangnya. Juga di sebalik kejatuhan seorang lelaki, seorang perempuan ada dibelakangnya

Aku tidak tahu seorang/2 orang atau tiga belas orang?

Lama sudah aku perhatikan perkara ini. Orang perempuan, aku tahu untuk kau mencari seorang teman yang setia sangat sukar. Mungkin 3 daripada 10 lelaki yang kau kenal, betul? Jangan masukkan aku sekali, aku terkecuali. Muahaha.

Jadi, kita mula. Kau tahu, antara sifat dalam diri seorang lelaki yang aku perasan sukar wujud ialah kesetiaan. Sanggup renangi lautan api lah, membelah lautan badai ombak lah, my ass. Ungkapan manis ini semua, kau percayalah lepas berkahwin nanti susah benar nak dilafazkan. LOL. Perkara pokok yang aku mahu cerita hari ini ialah, KESETIAAN. Aku dah rasa aku macam pakar motivasi pula.

Situasi pertama:

Sewaktu aku bersekolah agama rendah di (nama tempat dirahsiakan), sepasang suami isteri ini gigih berniaga. Rumah mereka dekat dengan sekolah agama aku, jadi mereka mengambil peluang untuk berniaga di hadapan rumah mereka. Kami (budak-budak sekolah agama) suka betul sebelum mula sesi atau selepas tamat sesi bersekolah singgah di kedai pasangan suami isteri ini. Mereka berniaga macam-macam. Tapi, yang paling aku suka beli ialah ais kepal. Kamu tahu tak ais kepal apa? Pernah makan ke? Ais yang dikisar seperti ABC, kemudian dikepal menjadi bentuk bulat, di curah sirap, gula melaka dan perisa lain, kemudian letak atas plastik. SIAP! Sumpah nikmatnya 'menyonyot' ais kepal sambil berjalan pulang ke rumah, aku akan kenang sampai hari tua. Aku tamat sekolah agama rendah darjah enam. Dah nama pun sekolah agama RENDAH. Selepas beberapa tahun, pasangan suami isteri itu tadi sewa sebuah lot kedai di kawasan rumah aku. Beberapa hari berniaga, aku datang mahu cuba rasa masakan mereka. Isteri sebagai tukang masak, dan suami sebagai tukang ambil order, tukang kira dan juga tukang bancuh air. Bahagia kan? Nyatanya, si suami masih ingat aku, budak sekolah agama yang sudah besar. Kata dia "eh, kamu dulu pengawas kan? Sampin warna merah jambu?" Hahah. Aku pengawas dulu bai.
Saban tahun, perniagaan mereka berkembang. Mula buat renovation, besarkan lagi ruang kedai, meja makan bertambah banyak, pasang skrin besar untuk perlawanan bola, dan menggaji pekerja perempuan dari indonesia untuk mengambil pesanan makanan, sekali gus mengambil 'peranan' sebagai isteri kepada suami/pak cik pemilik kedai makan itu tadi. Celaka. Kamu tahu, isteri yang bersama-sama semasa jatuh bangun membangunkan perniagaan mereka diceraikan, dan si suami sudah kahwin sama salah seorang pekerja indonesianya. Kasihan, sumpah aku kasihan sebab aku kenal bekas isterinya. Mak cik yang sangat lemah lembut dan baik hati. Aku dengar si suami kena mandrem. Ya lah kot, sebab aku datang kedai dia lagi selepas mereka bercerai, aku tengok pak cik itu macam 'diperbodohkan' saja. Ikut apa semua arahan isteri Indonesia barunya tanpa sebarang bantahan.
Sudahnya, perniagaan mereka lingkup. Ini Tuhan nak tunjuk barang kali. Sekarang, restoran dia sudah diambil alih pemilik baru. Pak cik itu tadi aku tak tahu mana sekarang. Hari itu, aku baru nampak bekas isterinya dibawa anak perempuan sulungnya ke pasar naik motorsikal. Aku pandang, dia pandang dan senyum. Senyum simpul yang penuh derita dia tanggung. Mana-lah dia duduk sekarang. Anak lelaki dia kawan dengan aku pun dah lama tak nampak....

Situasi kedua:

Seorang kontraktor kelas apa aku tidak tahu. Asalnya duduk di flat sama dengan aku, lain blok. Bertahun bekerja keras, akhirnya membuahkan hasil. Sudah pakai kereta mewah, dan sudah pun pindah rumah bawah. Rumah sebiji-sebiji selalu orang tua panggil. Masih dekat dengan kawasan rumah aku dan aku masih boleh mendengar berita terbaru keluarga mereka. Ya lah, anak dia 5 orang semua perempuan bai. Cantik-cantik, mesti lah aku perlu ambil tahu perkembangan mereka. Sudah besar ke, belajar mana, sudah ada teman lelaki ke. Hahaha.
Jadi, baru-baru ini aku dengar dia pukul isterinya kerana isterinya tidak mahu sign borang untuk kahwin lain. Apa cerita? Isteri yang kau kahwin sebelum kau berjaya, sanggup susah senang bersama kau, bila sudah masyuk sedikit, rezeki murah senang-senang kau mahu minta kahwin lain? Memang lah poligami itu dibenarkan dalam Islam, tapi sampai nak pukul isteri semua kenapa? Dayus lah kau.

Tamat cerita.

Kamu jangan salah faham. Aku bukan suka 'jaga tepi kain orang'. Tapi, aku hanya tulis apa yang aku nampak. Jelas. Sekarang aku tertanya-tanya, macam perkara yang berlaku aku cerita di atas, sebelah pihak mana yang kau ingin salahkan? Lelaki atau perempuan? Aku borak dengan kawan aku, dia kata
"kita tak boleh nak salahkan si suami gak. Kita tak tahu sex life mereka macam mana bro. Mungkin ada perkara lain yang sebabkan dorang jadi macam itu. Kesimpulannya, kita tak tahu...."
Memang kita tak tahu, tapi kalau dah nyata-nyata bekas isteri terbiar dengan anak-anak, pukul isteri sebab tak nak sign borang poligami semua itu macam mana kira? Isteri juga salah ke?

Orang perempuan, hati-hati ya. Lagi-lagi si suami yang sedang kira tahun/bulan/hari duit pencen keluar. Haa, siaplah kamu.
Aku jenis lelaki macam mana? Buat apa kamu nak tahu. Mari sini cuba kenal-lah.

16 ulasan:

ami schaheera berkata...

kesiannya, i takut :[

Ferdows berkata...

Ami,
eh kenapa nak takut
I know Pherry is a very great guy;)
Abg Pherry nanti belanja makan ok?
hahahaha:P

Fiza berkata...

Jarang dengar orang lelaki sendiri nak mengaku kaum lelaki ni susah nak setia =)

Haa ye Encik Firdaus, buat masa ni saya sedang bercuti, maka ada la dekat KL.

sa berkata...

Ais kepal tak payah pakai plastik la.
Hm suami berpoligami,
jodoh itu rahsia Yang Esa.

Provost berkata...

Salam bro..
Nk komem sikit ni, sikit saja..

Ehem..
Ayat manis lelaki itu biasalah, umpama 'habis madu sepah dibuang', 'manis-manis masam', dan macam-macam lagi perkara-perkara di dunia ini yang boleh dibuatkan perumpamaan tentang perkara tersebut..
Tetapi bukan semuanya seperti itu kawan, ada juga yang bahagia hingga ke anak cucu..
Sekarang mungkin susah nak cari, nampak pun segelintir sahaja..
Tapi itu yang kita nampak, yang kita tak nampak kita tak tahu kan..
hurm..

*Ais kepal, aku tahu apa itu dan aku sangat gemarkannya..

1 - Cerita yang pertama:
Aku rasa sangat kasihan terhadap bekas isteri pak cik itu yang dibiarkan begitu sahaja, sangat kasihan..
Meraka sangat bahagia (menurut pada cerita kamu) dan sangat tidak adil untuk perkara sebegitu terjadi kepada mereka..
Kalau aku dapat perempuan Indonesia itu akan aku seret ke khayalak ramai dan aku ajak dipijaknya perempuan itu beramai-ramai baru puas hati aku..

*Mandrem tue satu dosa, janganlah wahai lelaki mahupun perempuan untuk melakukan perkara sedemikian kerana ia merupakan perkara yang berdosa dan dilaknati oleh Allah s.w.t

2 - Cerita kedua:
Lelaki ini dikategorikan sebagai sampah, tidak menghargai nikmat Allah dan bacul..

*Poligami itu harus jika mampu tetapi sesungguhnya memaksa isteri untuk menandatangani borang poligami adalah sangat tidak rasional dan berada di luar kotak pemikiran manusia.

Komen terakhir:
- Tak salah jaga tepi kain orang kawan, jikalau ia untuk kebaikan maka diharuskanlah berbuat demikian.

- Tidak perlu berpihak kepada mana-mana pihak, cuma berpihak kepada diri sendiri dan lakukan apa yang patut bila tiba masanya.

- Setiap manusia mempunyai ragam mereka masing-masing, manusia tidak pernah lengkap dan sering kali melakukan kesilapan.

- Cuma perlu berhati-hati ketika hendak memilih pasangan hidup, kebahagian berkahwin dan berumah tangga serta berkeluarga adalah sangat nikmat dan tidak boleh diungkapkan dengan perkataan. Biarlah ia berkekalan hingga ke akhir hayat untuk kita semua..
Amin...

**Provost insan yang hina

Ferdows berkata...

Fiza,
ya ke?
haa! Jom lah date!
hahahahahahaha

Sa, kena pakai plastik ok buat lapik
nak letak atas apa?
takkan nak letak atas tangan terus
LOL

Provost,
aku tak cakap semua
baca kasi faham betul2 lah
hoho

Chang Ah ki berkata...

singkat.

FLOY berkata...

hanya lelaki sundal sahaja yang tak setia.

err...

anyway, menarik. kesian ade, sedih ade, terpegun pon ade bace kisah 1 dan 2.

fitrah manusia, bila dah sedap, lupa diri.

laki pompuan sama je. dah sedap sikit mula lupa asal usul, sape diri yang sebenar. ekor dah tumbuh, tanduk dah tumbuh.

p/s...ais kepal? aku tak pernah rasa, tapi pernah buat sendiri. keputusannya, caci makian dari abang2 ku yang hebat bermaki makian. ohhh

alyaa berkata...

you better jgn jadi mcm tu. mana tau you cmtu, i kejar you ngan parang ahaha tak pepasal. oh ye. i tatau la rrs feed bendalah you habaq tadi tu. tgk settings, sama je. lol.

you ask lah someone you know then you tell me boss.

Marzuki berkata...

baru aku tahu

Ferdows berkata...

Chang Ah Ki,
apa maksud kau?

Floy,
itu lebih kasar!
hahaha
tapi mmg betul lah apa kau ckp tuh.

Alyaa, I tak boleh janji lah:P
hmmm rss feed tuh sndiri I tak taw apa
heh

Marzuki,
apa yang kau baru tahu?
:)

Tanpa Nama berkata...

ko Gay!!!

senang cte!!!!

Ferdows berkata...

Tanpa nama,
dasar bacul.

LoveyAshLiecious berkata...

dasar bacul betul si tanpa nama.haha.
mmg tak dinafikn ape yg u tulis mmg benar.
jenis lelaki apa u ini?
mari ber-kenal.

alyaa berkata...

my friend baru habaq kat i. i kena upgrade my blogger dulu baru ada that rss feed bendalah tu la. thats why dia tak update you kot? wtv laaaa. leceh :/

MaGGoT World berkata...

peliknya...
adakah dengan beristeri dua atau meninggalkan isteri adalah cara untuk menunjukan kejantanan?..kalau itulah cara nya...i think i rather be called gay daripada lelaki sejati.

padanlah perempuan sekarang sangat susah nak mempercayai lelaki.Chivalry dah x wujud lagi kot?..