Isnin, November 03, 2008

I am cuddly, almost 20 something and I am totally a perfect fit for a bunny costume

Tajuk dipetik daripada dialog siri TV HBO baru kegemaran aku, Entourage.

Sempena minggu-minggu peperiksaan, kamu tahu kan resepi untuk berjaya?
Resepi selain daripada 'hisap batu' untuk kekal cergas sepanjang tempoh mengulangkaji pelajaran. Ok, perkataan mengulangkaji memang tak boleh blah aku rasa.

Secawan pekat nescafe, campuran 1 paket mild dan 1 paket regular adalah yang paling sempurna, dan berbatang-batang rokok untuk menangani stress.
Itu resepinya.

Aku boleh gerenti, kamu akan berjaga paling maksimum untuk tempoh masa 24 jam. Tapi, kena top-up lah jumlah kafein di dalam badan kamu. Betul? Confirm, you'll pass your final examination with flying colors. Jika tidak, jangan salahkan aku. Nyata kamu memang lahir sebagai loser. hohoh.

------------------------

Ini kerja gila! Kau tak rasa potongan badan di atas sangat menawan? Hug-able sungguh bukan? Pedulikan sedikit lipatan pada bahagian perut. I am on my way to cut my fuckin' abs. Tapi, aku rasa ianya cukup seksilah. Jadi, lupakan untuk work out. Fuck surfer body figure. Fuck Sazali Samad. Fuck Malek Gay Nor.
Hahahahaha.

Hari ini aku rasa aku sangat sarkastik dan, hmmm...gembira? Mungkin. Another 2 more papers to go and I am done.
Selamat datang cuti semester!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tidak kisahlah ulasan ini perlu ada penyederhanaan. saya tetap mahu ulas.

dahulu saya sukakan tulisan kamu; tapi entah mana silapnya, semakin hari penulisan kamu menjadi semacam klise. saya harap klise itu perkataan yang sesuai. dan tidak menyakitkan kamu.

saya harapkan sesuatu yang lebih wow daripada kamu.

hopefully, ulasan ini sesuatu yang membina. kamu bukan melayu yang cepat melatah, bukan?

Ferdows berkata...

tanpa nama,
kamu tahu apa perasaan aku pertama kali baca komen kamu? Aku terkesima sebentar. Maaf jika semacam 'over', tapi ya aku terkejut dan terima kasih kerana teguran yang SANGAT membina daripada kamu. Aku sebenarnya sedar yang aku sudah jauh melencong dari gaya penulisan lama aku, tapi aku sendiri tidak tahu bagaimana cara untuk 'mendapatkannya dan kekalkannya' semula. Bantu aku mungkin?

Jika tidak kisah, kamu boleh spesifikkan bermula sejak bila aku mula 'mengarut' dan semakin hari semakin klise? Juga, entri-entri daripada bulan berapa yang kamu rasa "wow" di situ?

Aku tidak kisah sebenarnya. Terima kasih sekali lagi atas teguran ikhlas kamu. Aku menerimanya dengan hati terbuka. Dan aku sangat tidak sangka ada rupanya orang yang betul2 perasan segala perubahan cara aku menulis.... 'true' followers. Terima kasih sekali lagi..
Harap aku dapat respon segera daripada kamu.
*peace

Tanpa Nama berkata...

sekembalinya saya di ruang ini, saya harap saya dapat berikan apa yang kamu mahu.

saya mula mengikuti blog kamu apabila kamu menulis tentang perempuan ampang. yang saya tahu tulisan ini mungkin sedikit ideanya kamu ambil dari Melayu Minimalis, cuma cara perantaraan kamu berbeza dan fresh; tidak terikut2 cara MM.

sejak dari hari itu saya mengikuti kamu dan merupakan antara favorite saya, sehinggalah kamu tetapkan private mode blog kamu. maka sampai di situ sahajalah pemerhatian saya.

dan hinggalah kamu buka semula blog kamu untuk umum, sedari situ lah yang saya rasa kamu agak kehilangan sengat kamu. apa kehidupan kamu yang banyak mempengaruhi kah?

mungkin disebabkan persekitaran maka kamu hilang untuk berkata sesuatu yang menarik?

persekitaran kamu di Universiti, misalnya. have to deal with people around you, dan apabila kamu terlalu 'deal with them', you've become self-centred.

saya rindukan penulisan kamu yang dahulu. saya tunggu come back dari kamu. dan saya rasa bukan saya sahaja yang betul-betul mengikuti jalanlainkesana. mungkin ada yang berperasaan sama seperti saya.

misshetrek berkata...

btul tanpa nama tu ckp.
sgt berubah.
dlu2 u byk kritik,bg pendapat sendiri.
sekarang mcm dh tulis diari.

harap2,ade yg lebih menarik lepas ni.

good luck 4 ur another 2 papers tu.
:)

syaNa berkata...

hey, i tak pernah tau tentang your blog sampai u bagi speech dalam kelas tu. then, i cari sedikit masa untuk membaca blog u. so i tak dapat nak comment cara penulisan u dul dan sekarang. but then, i love the way you write. memang buat orang sentiasa nak terus membaca. i tau u are not like others, i harap dapat baca buah fikiran u.
btw, jaga diri kat uitm tu..goodluck for human comm. jumpa lagi time intro to massmedia.
*boring kot kat rumah!*