Rabu, November 19, 2008

Kembali

Akhirnya, semester ke-2 aku telah tamat secara rasminya. Jadi, kita lupakan pelajaran selama 5 minggu dan nikmati kehidupan di dunia fana ini. Cewah.
Selama 4 bulan di Melaka banyak benda yang dah jadi pada aku. Nanti aku buat satu senarai panjang sebelum tahun 2008 melabuhkan tirainya. Hahah.

Jadi, 5 minggu cuti apa mahu aku buat, ya? Aku called bos tempat kerja lama beberapa hari lepas. .......................... Tak dapat kerja. 
"Sorry la boy, sekarang kami cut cost maaa. Itu ramai budak jugak saya sudah buang. Itu cilaka CIMB bank talak bayar hutang Symphony taw. Latus-latus libu punya. Economy pun sekalang tulun... macam mana saya mahu bayar gaji u"

Sedih. Macam mana aku nak hidup ni. Rokok nak hisap. Minyak kereta/motor takkan nak kencing dalam tank. Rokok nak naik harga dah. Silap-silap 14 tiada nanti, jual 20 saja. Hahah

Tak apa lah, sekarang ada masa yang banyak boleh update blog hari-hari. Hari-hari duduk depan laptop nanti mesti tak sedar dah 5 minggu. Tahu-tahu saja, "Eh! Dah 5 minggu dah. Esok nak kena register ke" Sebelum adegan ini mesti ada adegan tangkap leleh tengok keputusan peperiksaan. Kita semua nantikan. 

hmmmmmm.... Cerita apa yang aku boleh mula tulis ya? 

4 ulasan:

ami schaheera berkata...

betulla, sony pun tgh production down sekarang.. tak dibenarkan membuat OT. i rasa baik you keje mcD :P

syd berkata...

yeah selamat mengupdate blog!

Ferdows berkata...

Ami,
ye ke? Habis u tak boleh lah nak 'bantai' OT kaw2 utk kumpul duit nak kahwin ya?:P
McD? hmmm menarik...
......... HAHA

Syd, aku sudah blank
lol

Tanpa Nama berkata...

anak pampered nk kerja McD mmg haram jadah ar duk rumah tgk gossip girl sudah!