Selasa, November 11, 2008

Kita di Malaysia ini, jangan impikan untuk melihat adegan tembak menembak di restoran mamak....

Kerana 'mereka' semua hanya sukakan perhatian.

Situasi sebentar tadi.

Lokasi: Restoran mamak sekitar Ampang.
Jam: Beberapa jam yang lalu.
Watak utama: 'Abang' gemuk berantai, bercincin emas dan bertatu naga.
Watak tambahan: Ramai, sangat ramai.

--------

"Kau tahu kalau kau 'ke dalam', aku yang jamin kan?" (bersuara kuat sambil memandang keliling dan menghentak meja)

"Sabar Bob, sabar" kata watak sampingan.

"eeee... kau ni..." Abang Gemuk.

"Sabar Bob, sabar" kata watak sampingan lagi.

"APA? SEBAB PEREMPUAN? SIAL KAU @$#%@#% SEBAB PEREMPUAN JADI MACAM INI !@!@$@#@#%" Abang Gemuk menjerit-jerit seperti histeria.

Lantas menghentak gelas kaca, terbalikkan meja dan scene yang paling menarik ialah buka baju untuk tunjuk tatu naga di belakang badan, berjalan menuju kereta dan berlalu meninggalkan semua pelanggan terpinga-pinga. Sangat cool kan? Betapa aku selalu mengidamkan untuk buat begitu satu hari nanti. Tunggulah satu hari nanti......

--------------

Aku berada di meja sebelah. Ya, meja sebelah betul-betul hampir dengan adegan 'gangster Malaysia' kita. Pantang nenek moyang aku selera terbantut dengan suasana bodoh begini. Aku yakin, yang sebenarnya drama itu tadi semata-mata untuk menarik perhatian dan untuk minum percuma. Ye lah, lepas terbalikkan meja, suasana huru-hara dah boleh-boleh chow tanpa bayar apa-apa. Minum percuma bai.

Kau tahu, aku berani kerat jari-lah yang Abang Gemuk itu tadi tidak akan tumbuk/terajang/tembak (kalau dia ada pistol) orang yang buat salah. Dia hanya perlukan perhatian. Mungkin itu satu perkara yang boleh meningkatkan self-image mahupun self-esteem dia (cyeh mentang-mentang aku baru lepas paper Human Communication) Itu aku tidak tahu.
Aku tahan gelak kerana tidak boleh terima perutnya yang 'membusut' dengan tatu naga di belakang badan. Tak 'masuk'.
Kata rakan aku
"Uishh. Gila babi mat. Naga kat belakang badan dia, mesti kaki naga tersepit celah lemak-lemak badan dia. Patah kaki naga tuh!"
Langsung, terhambur gelak aku. Sial punya lawak.

Aku tidak kisah menerima mereka dalam kitaran masyarakat kita, kerana mereka-lah 'penyeri'. Jadi, tidak salah biarkan mereka wujud. Seronokkan?

--------------------------------

Hakikatnya, gangsterisme di Malaysia belum lagi mencapai tahap-tahap seperti di luar negara. Aku sokong pendapat MM. Lupakan lah konon-kononnya wujud west side, east side, akan berlaku adegan tembak menembak menggunakan Tommy Gun semua. Lazimnya, mereka hanya sukakan perhatian. Kamu semua perlu tahu, yang peraturan dunia gangster itu sendiri satu bentuk yang tidak boleh menonjol di mata masyarakat. Dah nama pun Secret Organization. Jadi, kekalkan lah sebagai perkara sulit. Baik duduk diam-diam, gilap-gilap pistol, fikirkan jalan untuk kembangkan 'perniagaan' daripada datang kedai mamak dan terbalikkan meja. Tapi, masalahnya itu perangai Melayu. Susah-lah mahu dapat gangster Melayu yang advance dan lebih suka 'buat' duit. Kalau aku lah, sudah dapat peluang, memang aku guna habis baik. Biar aku kaya raya duduk rumah tepi bukit ada gundik ramai-ramai. Hahaha.

Eh, aku mentioned tentang bangsa Melayu ke tadi? Aduh, maaf tidak sengaja.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dari asalnya ABANG GLAM bertukar kepada ABANG TUTOR dan sekarang bukan sekadar ABANG biasa malahan ABANG BROTHER GANGSTAR!

-the joker- (ada tatu naga jugak..kt bontot..sexy u!) berkata...

halo bro..lu mana mari..
simpang 8 mana?18?08?
apa macam bro ini hari..
why so serius..
senyum sokmo sikit~
ha..chuak x kao?chuak x?lol

lama x posting bang?
masih dlm proses
mengenerate pemikiran
a.k.a dalam cubaan
berfikir secara lebih kritis
dan kreatif eh?hehe
kalo sblm ni kao bole buat
aku rs tade masalah utk kao
buat comeback
utk readers kao..
i know u can do it my man
hehe..so guys..jz wait and see..
neway goodluck dow finale..
abg pulang dulu ya..
tutup gate depan rapat2 taw..hoho

Provost berkata...

Ya betul..
abg gemuk itu memang hanya sekadar mencari perhatian..
biasa-lah, siapa sahaja di dunia ini yang tidak perlukan perhatian..
biarkan sahaja mereka dengan hidup dan perangai mereka..
sesungguhnya orang-orang yang seperti mereka langsung tidak akan menganggu hidup kita walau sebesar kuman sekalipun..
mungkin akan sedikit menimbulkan perasaan kurang senang dan andaian yang kurang elok..
just get over it my friend...

Ferdows berkata...

Azhar, aku tahu itu kau.

Pali, aku simpang tiga uitm Lendu, Melaka. Amacam? HAHAHA
ye ar tuh. Tengah 'bertapa' ni. Rilek dulu..
weh, pasal Ipod kau nanti aku bikin post gempak2 ok..

provost, siapa kau sebenarnya ya?
dalam blog kau, blog list tuh jangan lah di tulis nama sebenar aku..
terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

abg glam..

ipod tu nnt kao markup siap2 taw..
hehe..ushar harga pasaran then
kao kira la share kao
kao tmbh sendiri
(dgr cte klas economy..lol)

i c k i e berkata...

"Bukan aku tidak pernah belajar segala apa origami tangan"

hahahahahahaha.tergelak la sial aku baca ayat ni.hahahaa

ko dah cuti ke dhauos?

Ferdows berkata...

Pali, babik tak habis2 nak meniaga ipod kau
hahah


Ickie,
apahal lawak?
HAHAHA
belum cuti arh
nxt wk baru cuti
kau?

Fiza berkata...

Dekat suzi's ke?

Ferdows berkata...

Fiza,
hmmm haa betul lah tuh!
U kat sana gak time tuh?
.... eh mana boleh u kat Ausy sekarang
lol:D

alyaa berkata...

main buah? ahahhaa. abang besar la ni. LOL tu semua bahasa mereka.

baktang ah weih. ahahahhaa damn. bunyi tak cool gila. so rempit some more.

damn hahaha.

dhaous fiza kat kl la ngok.

Ferdows berkata...

alyaa, kau nak kena 'kutip' ke?
Jangan buat aku datang wangsa maju sekarang..
HAHAHA
tuh pun ayat2 dorang
lol

btw, kenapa you sibuk huh? huh?
HAHAHA
mana I tahu dia kat Melbourne ke Kl
heh

Double Patties berkata...

hoho haha.. menarik2..

bagi aku la, bebudak U yang join ni semuanya mengalami masalah self-esteem yang rendah.

masa sekolah kena buli, tak dapat jadi popular, last-last masuk U, ada duit, boleh bayar, join.

dapat ramai member.. ah, pe lancau. pergi baca buku kan bagos. ini nak menunjuk hebat, maki orang sana sini, ada gaduh-gaduh, dia pun nk pergi jentik sama.

ada je yang masuk tp perangai okay. sikit sangat.. ape masuk U tak jumpa lagi ke identiti diri bebudak ni? kelako..

FLOY berkata...

memang situasi tu bole nampak banyak sangat kat Malaysia ni. Gangster Melayu tak bole pakai. Paling kuat gaduh pon pasal adik die kacau adik die, itupon pasal selisih bahu.

Jauh beza ngan gangterism kat luar negara, diorang bergaduh pasal bisnes, cina punye gangster pon bergaduh pasal bisnes, infact, semua gangster bergaduh pasal bisnes. cuma gangster melayu je bergaduh pasal benda2 bodo....

kalau aku di tempat kau, dah lama aku syorkan abang tu ubat membuang lemak..lolololol

nice..

syaNa berkata...

gaduh.. gaduh.. apa yang boleh i cakap tentang nie, yes. true. dorg mencari tumpuan murahan sepeerti itu.

alah, kalau setakat tatoo di belakang badan apa lah sangat. kalau kena tembak pon mati jugak kan?? jadi apa nak takut.

dan, memang tidak dapat i nafikan bahawa ada yang cuba berlagak bagus.

konon macho lah kan but then it happened to my friend that dia konon dah kuat lah sekarang memandangkan badan dia yang agak besar tu.. konon berani nak pukul orang (even perempuan) tapi bila gaduh dengan i tak berani pulak.

kenapa yeah.

padahal dah tentu2 kalau dia hempap atau bg flying kick sekali kat i, i dh boleh pengsan kan.

Ferdows berkata...

double patties,
well said, well said
hahaha
bagi aku, yang join tapi humble and gunakan ke arah yang betul, tak menunjuk aku tak kisah pun
tak kacau hidup aku lagipun
lol:D
lagipun, dengan orang2 mcm ni, byk fungsi pada kita
HAHAHAH

Floy,
betul tuh betul
aku sokong 100%!
haha:D

Ferdows berkata...

Syana,
moral of the story,
dorang tuh sebenarnya masih berhati perut
tak sanggup
gangster pidon ah kiranya
HAHAHAHAHA

Double Patties berkata...

herm, ape kelebihan tu? orang tak berani kacau kita ke ape? yang tu aku setuju la jugak.

cth nya, ada si A kacau kau, kau pergi mintak tolong dgn kawan kau yang ramai pengaruh, konfem si A tak berani dah kacau..

ataupun, cthnya, kawan aku yang pergi cari cd blue kt petaling street, dia wat palat tanak beli, ada brader-brader yang back up dia.. dia pon terselamat dari kena pukul/pau dgn gangster ps.

kalau gitu aku faham la ape yg kau kate kelebihan tu..

kalau kau masuk, kau tak berfikiran racist, tak jadi fascist, tak menggelabah anjing, tak rasa diri kau superior dengan manusia lain, okay je.. kau nyer hak la kan..

lagi pun, mob ni, terdiri daripada orang biasa jugak, ada adik, abang, kakak, parents, bla bla.. kesimpulannya mob ni, manusia.

pendekatan fascist atau pendekatan penyelasaian masalah secara otak, mana satu yang kau pilih? tak yah jwb, cuma macam renung renungkan gitu je.. haha.

ok, cool. panjang lak.

NeEM™ of Suicide Park berkata...

Hi, nice blog.
I've shifted my blog to suicidepark.blogspot.com. tq.

pipiyapong berkata...

gua ada kat situ beb..naga kat body brader gemuk tu tak kacip dengan kaler body dia..

Ferdows berkata...

:)