Sabtu, November 01, 2008

November dah?

Setiap apa yang ada dalam hidup ini, akan wujud pro dan kontranya. Kita ambil contoh satu perangai yang kadang boleh buat aku jadi gila. Bagi aku, ianya satu perkara yang baik untuk merancang masa depan, dengan kata lain merancang hari-hari yang akan datang. Aku obses. Ya, aku obses dengan kalendar dan organizer. Tanya-lah mereka-mereka yang aku kenal. Mereka-mereka yang aku pinjam telefon bimbit canggih mereka untuk jangka masa beberapa minit, hanya untuk melihat fungsi kalendar yang tersusun seperti di dalam organizer. Kamu faham kan apa maksud aku? Telefon bimbit aku masih di zaman kegemilangan studio Jalan Ampas. Hitam putih. Tiada fungsi kalendar canggih. Jadi, itu-lah gunanya kawan-kawan yang bertelefon bimbit canggih. Pinjam sebentar ya, mahu lihat kalendar.

Tapi, menjadi terlalu obses dengan kalendar dan konon-kononnya perjalanan hari-hari mendatang yang tersusun, akan membuat kau menjadi paranoid. Seperti yang aku nampak kesannya pada diri aku lah. Paranoid dengan masa depan. Berfikir panjang dan cuba membayangkan masa depan aku bagaimana. Selalunya, perkara begini akan membawa pada unsur-unsur negatif. Kamu tahu kan apa yang aku cuba sampaikan. Aku beri kamu lihat contohnya.

Terlalu berfikir beberapa bulan ke hadapan dan membayangkan aku akan hidup 'miskin'. Walhal duit di dalam akaun bank masih 'ada-ada', tidak pula sebegitu banyak. Masih belajar kan. Jadi, bila jauh kehadapan, aku jadi seorang yang akan berfikir panjang bila mahu berbelanja. Sebagai contoh, untuk berbelanja membeli pakaian. Kamu bayangkan, aku boleh tidak tahu malu akan keluar masuk kedai beberapa kali, sambil berfikir "nak beli ke tak, nak beli ke tak. Nanti beli tak pakai. Ah, t-shirt banyak lagi. Ah, nanti duit habis." Sedangkan, aku suka dan aku mahu sangat, sebagai contoh t-shirt/seluar/kasut perkara lain. Lihat, tidak baik kan?
Jangan salah sangka, soal makan minum aku tidak pandai berkira.

Merancang baju apa, seluar apa, kasut mana yang mahu di pakai esok ke kelas malam sebelumnya. Aku tidak tahu adakah ini normal. Di kalangan orang lelaki? Tulis tarikh untuk menghantar assignments, tarikh itu, tarikh ini sehingga organizer penuh. Tapi, menjadi masalah bila aku tidak ikut sangat apa yang aku sudah rancang atau tulis. Masih mula untuk buat assignment pada saat akhir, masih terpakai baju, seluar, kasut lain ke kelas kerana lambat bangun pagi. Semua ini kesan negatif kan? Tak elok.

Jadi pengajaran daripada cerita ini ialah aku-sendiri-pun-tak-tahu. Ini adalah salah satu entry penanda untuk hari-hari terakhir tahun 2008. Di mana organizer aku sudah penuh dan aku perlu mencari organizer 2009. Ok, tak mahu mencari. Aku mahu menunggu.

Ada sesiapa yang mahu beri organizer 2009 percuma? Black Book aku sudah penuh dan sudah tiba usia-usia emasnya bersama aku. Selamat tinggal Black Book. (Bukan Mac Book. Itu nanti aku mahu beli kalau menang nombor atau ada sugar mommy mahu taja hidup aku? Sangat di alu-alukan)

4 ulasan:

Sang Berfikir berkata...

hey pesimis. Itu perkara normal..bapa aku masa muda2, ada jugak organizer gini walaupun die stoned rock & roll.Dia simpan lagi,aku pernah tgk. And yes,aku dah sememangnya ada..to catat tarikh assignments & all..its normal bro, n terpakai sala baju angkara bangkit lambat..hah!! aku selalu! padahal malam semalam dah plan nak pakai baju lain.tak tau la nape, agak2 kaw kenapa eh?

Roma's Rhythm berkata...

Ya, it's normal lah hehe...

Ferdows berkata...

sang berfikir,
aku suka superbike bapa kau.
hahahaha
hmmm... aku yg bertanya soalan itu atau kau?
mungkin jawapan mudah, basically it's on us
kan?
haha

roma's shythm,
:)

Sang Berfikir berkata...

Hai pesimis, kita jumpa lagi.
Kau suka superbike ayah?
Yang kaler biru tu eh?
Hmmm,aku ingat lagi ayah aku hantar aku pagi-pagi gi skolah menengah teknik bangsat tu..Lambat selalu aku, walaupun naik superbike dia.Patutnya lagi laju lah kan sebab naik superbike.

Hey cilaka, aku rindu kat kaw sial..singgah2 la blog aku sial~!