Isnin, November 17, 2008

Sempena minggu akhir peperiksaan

Satu paper saja lagi. Nanti-nantilah update blog. Banyak benda nak cerita, tapi bila fikir banyak pasal coming paper, kecamuk kepala otak, terus tak jadi nak tulis. Jadi, aku sudah setuju sama quote "Mood memang mempengaruhi untuk menulis". Pergi jahanamlah sama ada apa yang aku tulis itu bahan ilmiah ke, cerita bukan-bukan ke, gosip ke.

Masalahnya, fikir saja lebih. Cuak, tak senang duduk, bagai nak luruh jantung bila nak menghadap paper. Tapi biasalah. Perangai buruk aku. Buka bukunya tidak. Selasa ini paper intro to mass media. Sekarang, sudah masuk sikit. Meh sini nak try tengok apa yang dah 'lekat'. Oh! public relations itu satu controversial profession. Oh! anchor itu term bagi seorang pengacara/pembaca berita t.v yang ramai orang suka, pengaruh besar, gaji million-million satu tahun, oh! newsreels itu satu bentuk filem pendek yang mana ianya hasil awal sebelum pembikinan filem-filem besar, oh! filem pendek pertama pada tahun 1927, dan oh! ini yang aku paling suka. Matt Drudge itu seorang blogger yang sudah buat duit pada pertengahan 90-an, dia sudah kaya sebelum terciptanya term "Blogger" itu sendiri. Cool gila.

Banyak juga yang aku sudah ingat. Konon kau orang semua baca itu sudah cover banyak chapter lah itu. Padahal baru 2 chapter habis baca, tanpa buat nota. Matilah aku lagi 11 chapter mahu baca. Tak apa esok satu hari ada masa, lagipun paper petang Selasa (ayat sedapkan hati)

Dan, siapa mengaku dia blogger? Sila angkat tangan. Kita lihat siapa boleh kaya macam Matt Drudge yang hanya dalam senarai pelajar D- sewaktu zaman high school-nya dan memang tak-lah mamat ini graduan universiti.

Jadi, mari berpegang pada
quote kegemaran kakak aku.
"It's not all about how you start, but how you end it up"
(sila sesuaikan untuk hidup ke, hubungan seks ke, pembelajaran ke etc. Suka hati kamu)

Itu saja. Penang kau tunggu aku datang. Kali ini mesti jadi!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dgr cte dasar bloggers..
nk exam pn still blogging!
lol..goodluck ye bebeh..
rantai front gate mintak kat guard..hoho