Jumaat, Disember 26, 2008

13 perkara tentang 2008

*Entri ini 'layan' membaca sambil mendengar ini.

1. Coffee itu minuman paling mengghairahkan. Ya, aku baru belajar 'bergantung hidup' dengan coffe tahun ini. Maaf, aku rasa lain macam untuk eja 'kopi'. Macam 'keras' sangat, tak 'selembut' menyebut 'coffee'. Kan? LOL

2. Hidup di Universiti/college life itu adalah satu fasa dalam hidup yang aku rasa, "Rugi jika kau tidak rasa". Aku masih tidak boleh terima mereka yang kerap mengeluarkan kenyataan seperti "Urgh, nak balik kolej dah. Menyampahnya....." atau "Tak boleh lah weekend di kolej. Tak der life" atau kenyataan lain. Berulang kali kau cakap, naik menyampah aku. BANYAK KALI ok? Sekali-sekala aku pun ada cakap.

3. Alam blogosfera Melayu, adalah satu bentuk alam virtual yang mana, pandai kau mengemudi, banyaklah perkara yang akan kau dapat. Baik atau buruk, terpulang pada kau untuk menginterpretasikannya.

4. Keluarga adalah segala-galanya. Jangan terlalu riak menafikan apa fungsi mereka dalam hidup kau. Padah akibatnya.

5. Ada bezanya antara menagih dengan 'mengguna' dadah. Enough said.

6. Manusia akan menjadi tidak berkira soal wang ringgit berbelanja untuk dadah. Walau 'kering' mana, sanggup berhutang semata-mata mahu membeli dadah. Mudarat jawapannya.

7. Cinta antara dua darjat itu masih relevan walau kita semua kononnya 'masyarakat moden'. Percayalah cakap aku yang ianya masih wujud, cuma 'medium penyampaian' dan 'cara untuk mengaplikasikannya' dalam bentuk yang berlainan. Ya, sangat berlainan dan tidak terlalu ketara.

8. Aku belajar dengar Radiohead. Awesome. Genius.

9. Jatuh cinta dengan seorang yang kau claimed sebagai teman rapat sebelumnya adalah big no no. Malu kau nanti. Dan ya, disia-siakan adalah satu perkara paling perit untuk kau hadapi.

10. Bila kau kerap bercerita tentang betapa malangnya hidup kau, betapa kau tidak patut diperlakukan begini begitu, betapa kau rasa kau selalu disisihkan diketepikan, dan kau berterusan bercerita akan membuat orang keliling kau menyampah. Membenci kerana kau tidak move on. Pengalaman hidup yang sudah sentiasa membayangi kau dan kau tidak pernah cuba lari. Tetapi, hidup di bawah bayangnya.

11. Jangan kau bila mengutuk seseorang, kau kutuk bagai nak rak. Bagai nak gila. Tunjuk reaksi muka yang betapa kau membenci dia. Contohnya seperti "Urghhh. Eeiiiii muka dia ni lagi. Adalah tuh nak minta tolong" Sudahnya, kau 'lekat' dengan orang itu. Seperti dongeng Serigala dengan buah Anggur. Tahu?

12. Dalam hidup, kadang perlu diamalkan "Berhenti mengawal segalanya dan lepaskan dengan tenang" Dalam perhubungan, apa jua bentuk hubungan, bila berselisih faham atau perkara lain, kau jangan memperbodohkan diri berusaha seorang diri untuk menjernihkan keadaan. Manusia ini, macam-macam perangainya.

13. Hakikatnya aku adalah seorang jantan kecundang. Hahahaha.

Tak cukup 13 aku rasa. Ada banyak lagi nanti kita tambah 'rencah dan rasanya'.

6 ulasan:

blitzizni berkata...

aku setuju sngt dgn num 5.

Alyaa berkata...

radiohead awesome. syabas. welcome to the group.

a n n berkata...

abang. coffee salah spelling.

Ferdows berkata...

Blitzizni,
;)

Alyaa,
Haha. Org yg konon2 'fans' radiohead sebab lagu Creep, is not a 'true' fans kan?
:P

Ann,
nampak je you. Tq bwt:)

kecik berkata...

cuba dengar no suprises, xpon paranoid android. karma police best gak, tapi ade org ckp panic at the disco nyanyi lagi best dari radiohead. ape r..

no surprises mmg best

Anbreen,Aziz berkata...

hahaha. 13 is my lucky and favourite number. ingat, birthday i 2009 ni friday the 13th. ngeee. sukalah baca post ni. ngehhh.