Selasa, Disember 02, 2008

Alasan kukuh mengapa...


aku jarang mahu update blog kebelakangan ini.


Seperti yang dilihat di atas, Ahad yang lalu kakak aku telah bertunang. Aku tidak-lah begitu sibuk menolong dia sebaliknya saja aku mahu jadikan alasan dia bertunang sebagai punca aku jarang mahu update. Lagipun, cuti semester begini memang aku akan menjadi spesis yang 'rare' untuk dilihat 'berkeliaran' pada waktu siang, tetapi sebaliknya mula aktif selepas 10 malam ke atas. Bulan telah bertukar menjadi matahari, dan matahari telah bertukar menjadi bulan dalam hidup aku. Ok sudah lari topik aku rasa.

Jadi, selepas berakhirnya majlis pertunangan kakak aku, aku telah membuat beberapa kesimpulan:

1) Sekeras mana hati kau untuk 'membuang' keluarga daripada sibuk tentang hal kau, sedangkan dalam soal-soal urusan majlis sebegini, mereka-lah (keluarga) pihak pertama yang kau perlukan. Keluarga di sini juga merujuk kepada pak cik- mak cik, sepupu-sepapat etc. Kau bayangkan kononnya kau keras hati, tidak menjaga hubungan baik sesama saudara mara terdekat, tiba saat kau mahu menghantar rombongan merisik (bagi orang lelaki) atau perkara lain, kau datang meminta pertolongan pada saudara-mara yang selama ini kau angkuh untuk bertegur sapa bertanyakan khabar. Tak ke kekok jika begitu?

2) Adat dan budaya. Ini sebagai bukti yang aku masih lagi Melayu. Bukan Melayu yang tidak mahu mengaku Melayu. Walau kau disuap arus kemodenan, dasar keterbukaan menerima budaya-budaya luar, tapi yang zahirnya budaya kau itu sendiri, siapa mahu kekalkan? Bagi aku, aku bangga punya budaya kita sendiri. Cuma, kita perlu menjadi rasional di mana mampu membezakan antara adat dan agama. Tangkas 'menangkap' jika berlakunya persundalan agama. Hakikatnya kita semua punya akal fikiran yang boleh digunakan. Kamu semua perlu ingat yang kita di Malaysia ini, budaya itu sesuatu yang punya originaliti. Pandai-pandai-lah kamu untuk menyesuaikan dengan peredaran zaman dan mungkin juga tahap pemikiran kamu ketika itu. Sebagai contoh, kamu tahu yang budaya bersanding dan merenjis dalam perkahwinan orang Melayu itu diadaptasi daripada budaya agama hindu. Jadi mengapa perlu kamu ikut lagi? Tapi, apa yang selalu aku nampak pasangan pengantin akan tersepit di antara kehendak diri sendiri dengan perlunya menjaga hati orang tua.

3) Orang lelaki, menabung lah selagi mampu (bagi yang ingin berkahwin). Sekarang, apa yang aku nampak jumlah minimum wang hantaran adalah sebanyak RM8000. Seperti yang bapa aku kata, RM8000 serba serbi satu. Apa maksudnya aku tidak faham. Mungkin RM8000 itu satu jumlah yang sangat besar. Tapi itu harga yang dinilai berdasarkan ekonomi semasa, ya? Tidak kira-lah kamu bercakap gah yang kamu hanya mahu majlis kecil-kecilan, sebuah Al-Quran sebagai ganti wang hantaran (ini persundalah agama), atau perkara lain, sampai masanya untuk kamu berkahwin kamu akan faham. Ini semua soal wang ringgit.

Sudah cukup aku rasa. Lagipun nanti orang ingat blog aku ini mempromosikan pakej perkahwinan pula. Tapi, apa salahnya kan? Sambil menyelam minum air. Kepada kakak-kakak, mak cik-mak cik yang secara tidak sengaja sampai di sini, jika tertarik dengan gubahan hantaran di atas, sila tinggalkan email anda di ruangan komen. ok? Hahaha. Hantaran di atas adalah hasil tangan sama ada kakak/mak cik aku yang gubah. Gerenti puas hati. LOL.

Chow Sin Chi.

8 ulasan:

Patraque berkata...

aku ingat ko yg kwen bro....

selamat aku tak maen serkap jarang jew....

ehheheheh!!!!

mne taw!!!

ujung thun tgk owg kwen ko pown tringin....

ehhheheh!!!

Provost berkata...

Aha..
Diucapkan tahniah kepada kakak anda yang telah selamat bertunang..
Semoga dia akan selamat bernikah, bersanding dan selamt hingga kea akhirnya..
Amin...

alyaa berkata...

entah la kan, i terasa rajin pulak. saje letak counter kat blog. walaupun mcm dah lambat gila nak start walhal dah ada blog since early 05. so yes. saje. nnt kang mula la nak letak jam la nk letak traffic apa la. apa gunanya sebenarnya? ego boost? or saja nak tau hahaa.

ni saje je nak habaq. i bosan so tu la pasal.

oh ye. i tak baca lagi post ni. nnt lah.

ANNE berkata...

uhuii~
bestnya nak kahwin.
ahaha

cakapkan congrats to her :)

ANNE berkata...

your question pasal braces tu ada i jawab dlm latest entry dlm blog i.

http://arseisgood.blogspot.com/2008/12/braces-haram-jawapan-utk-ferdows.html


:)

Alyaa berkata...

dhaous. my friend ckp you have to edit balik the list of blogs tu and re-submit my blog.

remove. add. save. like that. then tgk if works or not. sbb i dah upgrade :)

Ferdows berkata...

Patraque,
mmg tak ah weh aku yg kahwin.
haha

Provost,
terima kasih

alyaa,
u mmg selalu kebosanan ke?:P
dah I dah buat;)

Anne,
:)

Tanpa Nama berkata...

dhaous gay kot..mane dia nak kawen..lol