Khamis, Disember 25, 2008

Kelas ke berapa dasar/sistem perubatan kita di Malaysia?

*Sepatutnya ini di-publish minggu lepas. Tapi akaun blogger aku buat pasal.


Muka hadapan Utusan Meloya hari ini/Khamis lepas.
"Wajarkah IJN diswastakan?"

Kata aku, sangat tidak wajar. Banyak keburukan lebih daripada kebaikan. Kita mula. 1, 2, 3......

Aku ketinggalan sedikit. Akibat daripada cadangan beberapa orang rakan, aku download dokumentari daripada Michael Moore yang bertajuk Sicko. Download memang tak dapat dan rezeki aku, aku dapat tonton di Astro selepas beberapa hari. Mulanya, aku tidak setuju dengan pendapat mereka (rakan-rakan), yang begitu tegas mengutuk dasar perubatan negara kita. Aku betah dengan menyatakan bahawa Malaysia ini negara membangun, bukan negara maju. Tapi, tamat menonton Sicko, aku beralih arah dan tersedar walau Cuba yang negara dunia ke-3 itu pun, dasar perubatan mereka duduk di kelas pertama. Ya, kelas pertama!

Jujurlah, aku mahu tanya. Apa pendapat kau tentang layanan dan bayaran untuk setiap rawatan, pembedahan atau apa jua perkara yang melibatkan tentang kesihatan diri kau? Apa yang aku nampak, kita di Malaysia ini ada perbezaan 'kasta'. Kau berduit sikit, dapatlah duduk selesa dan tersenyum menjalani rawatan. Bagi yang tidak berduit/tidak mampu, kau beraturlah di Klinik RM1/Klinik kerajaan. Betul? Pengalaman sendiri- Aku sudah lama sakit belakang. Bukan lah mahu demand duduk di hospital swasta atau apa, cuma aku malas mahu mengadap layanan dan malas mahu menunggu nama 'naik' jika ke hospital kerajaan. Niat mahu pergi check di hospital swasta, tapi memandangkan kos yang agak tinggi, aku diamkan saja. Nanti sudah bekerja berduit lebih sikit, pergi-lah check.

Ramai orang yang merungut tentang perkhidmatan klinik/hospital swasta yang nyata mementingkan duit daripada nyawa manusia. Begitu hebat penangan duit kan? Sekali lagi pengalaman sendiri- Bagaimana seorang rakan yang kemalangan, jari kaki ke-2 sebelah kanan yang sudah 'tergantung' hampir putus, di minta wang pendahuluan dahulu selepas dikejarkan ke klinik swasta berhampiran. Apa jenis manusia macam itu? Cuba kau bayangkan jika kau di tempat rakan aku? Selepas kawan aku menjerit mengherdik pada jururawat yang menyambut sambil meminta wang pendahuluan dahulu, baru-lah dia dimasukkan ke bilik kecemasan dan dirawat. Kemudian dihantar ke Hospital Selayang. Juga bagaimana cucu mak cik sebelah rumah aku yang tercurah air panas pada badan, bila neneknya berkejar ke klinik swasta (kerana itu yang paling hampir) mengeluh apabila mereka (kakitangan) meminta bayaran pendahuluan dahulu. Jika anda ada pengalaman, sila tulis di kotak komen ya?

Aku rasa, tiada apa yang salah pun jika semua klinik dan hospital di Malaysia ini 'di-kerajaan-kan'. Ada ke perkataan ini? Tiada siapa yang rugi bila mana jumlah kematian bayi ketika dilahirkan mampu dikurangkan mahupun rakyat mampu hidup lebih lama berkat dasar perubatan kelas pertama. Cuma yang ruginya, pihak yang gemar mengaut 'untung atas angin' lah. Tak dapat lagi nak kaut untung menjadi kaya raya dengan dasar perubatan cekik darah mereka. Memang niat di sini untuk membanding-bandingkan. Katalah aku tidak bersyukur duduk di negara Malaysia yang aman sentosa dengan rakyat pelbagai kaum. Katalah aku ini lagaknya mahu hidup selesa saja. Peduli apa aku. Ini soal nyawa manusia beb.

Aku 'ceduk' apa yang aku tonton dalam Sicko.

Tidak sangka Amerika Syarikat yang kononnya kuasa besar dunia itu, rakyatnya mengeluh tentang dasar perubatan mereka yang dikuasai syarikat insuran. Senang cerita, ada duit sihat-lah mereka. Seorang isteri yang kematian suami akibat kanser, yang mana sepatutnya si suami perlu menjalani pembedahan, tetapi akibat syarikat insurans tidak meluluskan langsung mati si suami. Seorang ibu, yang anaknya (masih bayi) demam panas hingga mencecah lebih 100 darjah Celcius, langsung kematian anaknya kerana tidak mendapat rawatan segera. Siap diiring pengawal keselamatan keluar daripada hospital kerana tidak mampu membayar kos rawatan dan banyak adegan menyayat hati tak sanggup aku mahu tulis.

Di London, Michael Moore berusaha gigih mencari kaunter pembayaran di setiap hospital/klinik yang disinggah. Cari punya cari akhirnya jumpa tertulis 'Counter'. Tetapi dia kecewa. Rupanya kaunter itu untuk memberi sejumlah wang pada pesakit yang ingin pulang ke rumah, tetapi tidak punya duit. Boleh di kira sebagai elaun pengangkutan-lah. Gila babi. Itu perkataan yang melintas di mulut aku. Sudah lah rawatan perubatan percuma, dapat lagi elaun pengangkutan. Di sana juga, para doktor diajukan soalan lebih kurang seperti di bawah:
"Kau duduk kawasan perumahan gheeto/miskin?"
"Kau pandu kereta buruk?"
Tidak sama sekali. Si doktor duduk di Greenwich yang mana nilai rumahnya adalah 1juta. Dalam matawang apa, aku tidak tahu. Mustahil-lah RM. Juga si doktor memandu kereta Audi. Betapa senang hatinya para pengamal perubatan di sana bekerja dengan kerajaan. Setiap farmasi di London juga, 6.65 Pound adalah jumlah MAKSIMUM untuk semua ubat-ubatan. Kamu convert sendiri pada RM. Tapi, dikira murah lah. Dialog antara Michael Moore dan pegawai farmasi
"Kalau aku ambil ubat berharga 100 Dollar di Amerika, hanya perlu bayar 6.65?"
"Ya encik. Semua ubat di sini MAKSIMUM hanya perlu bayar 6.65. Tidak kira berapa banyak yang kamu mahu"

Selain itu, di France bagaimana ibu-ibu selepas bersalin, di hantar seorang pembantu untuk mengemas rumah, membasuh kain atau perkara lain. Dan ya, pembantu rumah/nanny itu semua bekerja dengan kerajaan. Quote daripada seorang rakyat US
"nobody from the gov in America come to our house and does the laundry for the mother and her baby"

Akhir dokumentari itu, Michael Moore membawa sekumpulan pesakit ke Cuba. Bagaimana seorang sukarelawan 9/11, yang bertahun membeli inhaler untuk masalah pernafasannya dengan harga 120 dollar, berasa sangat terhina kerana inhaler tersebut di Cuba hanya berharga 0.05 cents/3.20 Pesos Cuba's currency. "This is a big insult" kata Reggie Chervantes. Betapa berbezanya harga antara "dasar perubatan untuk semua" dengan "dasar perubatan untuk kaut untung".

Banyak adegan lain aku malas mahu tulis. Nanti di kata hanya pandai 'ceduk' information, kemudian claim seperti bijak pandai, cendekiawan, ilmiah semua. Kamu tonton lah sendiri Sicko ya. Lagipun, nanti ulas panjang orang yang tak menontonnya tak faham.

Pokoknya di sini, IJN tidak wajar diswastakan. Lagi-lagi itu Institut Jantung Negara. Rawatan yang pasti harga bukan ringit-ringgit, main puluh-puluh ribu beb. Kau semua golongan menteri senang-lah cakap "jangan risau hanya 51 peratus" "tanggungjawab pada rakyat masih keutamaan". A'ah ye lah tuh. Kau menteri mesti-lah layanan kelas pertama. Ingat semua, berpegang pada kata-kata hikmat ini............
"Bukan rakyat yang patut takut pada kerajaannya, kerajaan yang patut takut kepada rakyatnya"

Aku tahu, ramai yang punya pengalaman seperti yang berlaku pada rakan dan mak cik sebelah rumah aku. Layanan hospital/klinik swasta yang tidak memuaskan/utamakan wang pendahuluan. Cuma hanya didiamkan kerana tiada ada sumber yang betul untuk diadukan masalah ini. Dan aku rasa, mungkin para pengamal perubatan begitu sudah hilang sifat perikemanusiannya. Hilang niat asal sewaktu mengejar cita-cita menjadi doktor. Ingin membantu orang konon.... sudah jadi doktor, habis semua 'terbang' ke mana akibat dek penangan "duit, duit, duit" dan "kaya, kaya, kaya".

Akhir kata, aku sudah tahu apa perkara asas untuk kempen jika aku mahu bertanding menjadi wakil rakyat bila sudah dewasa nanti. Kempen aku akan berbunyi
"Undi lah saya! Perubatan kelas pertama dan percuma! Itu jaminan saya!"
Muahahaha. Memang simpang malaikat 44-lah akan berlaku.

Apa kata kamu?

7 ulasan:

♥ Anyse. berkata...

pengalaman - tinggal kt asrama tak boleh demand nak pergi klinik swasta. mana warden angkut situ kite duduk.

saye menghidap penyakit yg nama die lebeh kurang hypersensitivity. mcm tu lah. duduk asrama biase lah keadaan kurang hygienic so selalu kena.

bila pergi je klinik, balik2 cek beg plastik ubat, paracetamol. sebenarnya tak berapa serius tapi bila dibiarkan agak serius.

sakit mata pon paacetamol, alergic kulit paracetamol, sakit bahu paracetamol, semua paracetamol.

mintak permission balik rumah pergi klinik swasta depan rumah, terus kene buat blood test, disyaki connective tissue kene infection. dapat krim ubat banyak. 2hari terus baik. ulang alik klinik kerajaan berbulan, paracetamol je yg dpt.

tapi cuba kita tanye budak2 sekarang kenape nak jadi doctor?

mostly jawab " gaji banyak siot "

bila minded dah disuap begitu.
apa boleh buat
tepuk dada tanya selera je

farah fazanna berkata...

kalau kat australia lagi teruk tau. nak jumpa doktor pun kena buat appointment dulu. takde appointment, takleh jumpa. bayangkan lah, kau sakit secara tiba-tiba, tak dapat jumpa doktor sebab takde appointment.

gila lah.

tapi saya sangat setuju dengan perbezaan kasta itu.

Ferdows berkata...

Anyse,
ya. Betul juga tuh. Selalu mmg kalau ke kerajaan, sikit2 bagi paracetamol. Sakit apa pun semua akan dapat ubat yang sama lah. Haih. Yea setuju juga apa awak cakap. Bila dah mind set jadi doktor sbb gaji besar..alamat memang payah lah nak 'ubat'...LOL

Farah,
itu pun agak melampau. Kalau sakit dah nak mati, alamat mati je lah kan. Yea, mmg wujud pun perbezaan 'kasta'...

kecik berkata...

pernah skali sakit teruk, pergi kat hospital serdang. (hah amik ko aku hi lite kan name spital ni!)

xlarat nak jalan,xboleh bangun pon. smpi kat emergency, mmbr aku mintak wheel chair. wheel chair je. hospital lengang gile.

org yg kat situ,dtg lenggang lenggok, ckp,

"wheel chair xde.jalan r sendiri."

what the f??

sgt x stuju kalo ijn diswastakan..susah la.. skarang pon tercungap2 nak cr duit.bukannye menteri yg goyang kaki,tapi duit riban2 masuk..kalo dah diswastakan,alamat mati la xdpt treatment kot?

haih.

Ferdows berkata...

Kecik,
patut kakitangan mcm tuh kau maki je. Letak mana kepala otak dia aku tak tahu. lol
Ya betul. Alamat mati lah sbb rawatan tak dpt. Tak pun mati sakit jantung dgr bila dgr bil rawatan berapa perlu bayar
Haha

akulah drama queen... berkata...

kinda late to reply tapi actually ada kasta dalam kasta...

meaning?

senario pertama : heroin guna insurance company lama... layanan cam besa la kan yang u all bley dapat darik private hospital or clinic...

senariio kedua : heroin datang da same hospital n clinic tapi kali ni guna insurance company baru... wah, layanan superb... memang takdak la tunggu lama... doc n nurse pun sweet je cakap ngan heroin... sebabnye, company baru tu agak ternama gak la...

kisah ni benar sbb watak tu adalah aku...

amex casinos berkata...

It can be discussed infinitely..