Selasa, Disember 09, 2008

Materialistiknya orang perempuan kadang menyusahkan

Aku tengah banyak idea jadi jangan kacau.

Aku sendiri pernah nyatakan, aku percaya hubungan cinta yang berjaya adalah apabila keperluan materialistik orang perempuan itu mampu kaum lelaki penuhi. Tapi, kena sesuaikan ikut keadaan beb. 

Engkau, bila memilih untuk bercinta dalam usia yang muda, kita ambil usia di mana kau masih berhempas-pulas belajar tinggi-tingi, kau kena terima kenyataan yang pasangan kau dan juga kau adalah bukan golongan serba-serbi mampu. Kecuali kau atau pasangan kau hadir daripada keluarga berada, tapi masih itu bukan wang hasil keringat titik peluh kau.

Berpijak di bumi nyata adalah satu quote sesuai dijadikan unsur perlambangan. Orang perempuan, jika teman lelaki kau masih lagi belajar seperti juga kau, jangan-lah mengeluarkan kenyataan yang mana bila orang lelaki dengar rasa seperti kami ini lelaki bangsat, seperti kami ini tak berusaha gigih untuk memuaskan kehendak atau membahagiakan kau. Aku beri beberapa contoh ayat yang aku dengar pun rasa nak hentak kepala aku pada dinding.

"I tak biasalah makan mamak, dulu my ex manjakan I..Selalu bila keluar biasa kitorang makan kat Chilis, TGIF yadayadayada...."

"you tak boleh minta mak you dulukan duit dia belikan you kereta? Senang sikit kita nak bergerak mana-mana" (ini mmg melampau)

Dan banyak lagi sendiri lah kamu semua fikirkan. Jika ada pengalaman sendiri, tulis di kotak komen ya.

Lagi satu, pantang lelaki ini bila dibanding-bandingkan layanan atau cara melayan kau berbeza daripada bekas teman lelaki kau. Kau sendiri mahu ingatlah, sebab dia dok melayan kau umpama puteri raja itu lah yang buat dia blah tinggalkan kau. Pasang perempuan lain yang lebih senang dan memahami. 

Logiknya, kau boleh demand bila kau benar-benar yakin yang teman lelaki kau mampu. Memang tidak menjadi masalah untuk bermewah-mewah sikit kalau ada duit lebih. Tapi menjadi masalah bila kau tidak sedar diri, tidak mahu belajar susah sama-sama. Lagipun kadang teman lelaki dan kau juga sendiri survive di Universiti dengan hanya duit pinjaman pelajaran. Orang lelaki ini ada jenisnya yang hadir daripada keluarga terlebih mampu, tapi tidak suka menyusahkan memeningkan kepala mak bapa nak minta lebih-lebih. Seperti dialog yang minta teman lelaki minta ibunya belikan kereta. Kau senang-senang minta serupa kau ada share akaun dengan mak bapa teman lelaki kau. Bukan tak boleh, memang boleh tapi memikirkan nak beli kereta semata-semata nak puaskan hati kau serupa cari orang lain. Yang tak banyak karenah, tapi kalau awal-awal tak banyak kerenah lama sikit tunjuk perangai sebenar.....ok bye sekali lagi-lah kan.

Kita ikuti dialog di bawah

"How are you? Belajar mana sekarang?"

"Hye! I am fine. I sekarang kat Uni..."

"Oh. How's life? Ok tempat you belajar?

"Ok lah. You tahu, sini ramai student lelaki bawak kereta taw. Perdana, myvi etc etc etc. You bawak kereta apa sekarang?"

"hmm. Oh cool. Eh, I ada hal. Gtg. Talk to you later"

Gila 'potong'. Memang aku terus delete number kau daripada phonebook aku. Pantang aku kau sudah 'terjal' sikit tengok dunia luar, mula nak membanding-bandingkan dan tanya aku sudah pakai kereta apa sekarang. Aku bagai nak gila fikir jalan cari duit lebih nak tampung belajar, kau cakap tak bertapis. Kau pergi lah kat mamat-mamat kereta yang kau cakap itu. Tengok memang betul ke ikhlas nak kau atau hanya nak 'tunggang' kau di kerusi belakang kereta mereka. Haha.

Dasar diva tak bertempat. Sekarang, sudah terang lagi bersuluh. Kukuh ke alasan aku tidak mahu bercinta? 2 years and a half and still counting. Alang-alang sambut ulang tahun ketiga bulan Mei tahun depan. Ecececeh.

33 ulasan:

sa berkata...

Kalau la aku lelaki. Mmg aku tak pergi tinggalkan saja si gadis gedik sibuk hal materi. Mmg lelaki kerjanya tanggung si perempuan "tapi itu hanya pada lelaki yang bernama suami".
Bagi si gadis, kau nak sangat orang yang ada ini ini, itu itu dan segala hal materi.. kau tak payah cari lelaki la weh. Ah long pon boleh kasi semua itu. Bahaha

T I N A berkata...

gile bimbo pompuan tu.

Hunn berkata...

"I tak biasalah makan mamak, dulu my ex manjakan I..Selalu bila keluar biasa kitorang makan kat Chilis, TGIF yadayadayada...."


"you tak boleh minta mak you dulukan duit dia belikan you kereta? Senang sikit kita nak bergerak mana-mana"

- Gila gediiiiik. Nak senang, tapi dengan menumpang kesenangan orang lain.

kecik berkata...

even aku pompuan. tapi aku stuju.
aku penah jumpa sorang pompuan yg tinggalkan ex dia yg sungguh2 syg dia hanye sbb mamat tuh cuma pakai neo, n mamat yg dia minat tuh pakai honda jazz. wtf?
kadang2 single lg bagus. hahah!

ouh kau 3 tahun single? dahsyat. respek!

blitzizni berkata...

erk? gilo.

kitsch snitsch berkata...

i rasa cara paling sempurana is masing-masing layan duit masing-masing.

of course it doesn't hurt for the guy to belanja the girl makan or the girl to belanja the guy wayang ke.. kenalah balance kan? takkan asyik laki belanja awek. gila tak cool relationship macam tu.

but kalau hal nak beli kasut, nak beli pakaian, nak beli handbag tu masing-masing kena tanggung lah. susahkan diri sendiri beli benda yang tak mampu bagi i adalah ok, jangan susahkan teman lelaki/perempuan.

(based on pengalaman sendiri haha!)

Anbreen,Aziz berkata...

perempuan mana taknak boyfriend dia spoilkan dia betul? Tapi, si perempuan ni tolonglah weyy. tak bosan ke laki tu menyuap segala benda without you having to get of your ass to gain something? come on lahh. sekali sekala best lah because u have something unexpected and some sort of surprise waiting for you. keeps the adrenalin pumping. tapi surprises every single day? pffftt. where's the life in that? B-O-R-I-N-GGGGGGG! Kepada si perempuan, tolong lah save your pride and dignity before its too late. its the 21st century. be effing independent weyy! strong women buy their own stuff! loser!

*ehemm. lepaskan geram japp. **winkk

Eleena berkata...

huhu. bwk bersabar ;)
and perempuan yg ckp mcmtu, layak amik hammer ketuk kepala die je. ahah. biar sedar diri sikit

Tanpa Nama berkata...

ouh i know who ur talking about and damn she was a hussy and a prick god lord she's dealt with :)

ANNE berkata...

ahahaaha. perempuan mana tak mengejar kemewahan~

sama jugak macam lelaki mana tak suka perempuan cantik.

moral die jgn bercinte time study lagi kot? nanti dah lama2 couple, dah byk duit habis kt die, lepas grad die jumpe lain. huhu.sedih-sedih.

ANNE berkata...

but but but

what about lelaki yang kikis duit perempuan tu?

ahaha. tu lagi shitty kot i think.

menumpang kemewahan hidup perempuan tu padahal tak la syg mana pon. huhu

misshetrek berkata...

pmpn skrg demand2 mane ade laki mau layan dah.gedik je lebih menyampah gak.most guys now smua nk yg senang je.xmenyusahkan.bahagia pun bahagia.

to girls,xpyhlaa nk compare2 ur ex wif ur bf.menyakitkan hati.ingt yg lelaki xleh cari lain ke?

tul x? ;)

pjoe berkata...

perempuan tetap akan jadi perempuan
mereka ada keperluan
kita lelaki perlu corakkan relationship tu
dia bimbo mcm mana sekalipun...
kalau kita pandai handle, kita boleh go on with that relationship

played their game but with your rules and regulation

nice entry

Ferdows berkata...

Sa,
Tak salah, tapi biar bertempat lah kan. Tak semestinya bila bergelar suami je. Dlm perhubungan sndiri perlu ada toleransi.. Cewahhh:P

Tina, Hahaha. Itu agak kejam. lol

Hunn, agak lah kan. Nk tumpang apa salahnya biar bertempat:D

Ferdows berkata...

Kecik,
Honda Jazz isu sensitif di sini:P
Yeah 3 tahun. Nak cuba date ke? Hahahaha

blitzizni,
Hi! I tak perasan you're linking me in your blog. Thanks;)

Schuz,
yeah betul betul. Kena seimbang. Kira tolak ansur ah kan. I bangga dgr pengalaman you. Hahahah:P

Anbreen,
marah nampak?:P
nasib u jenis daddy's lil girl
huahua

Eleena,
Kejamnya! heh

tanpa nama,
siapa yg kau tahu? LOL

Anne,
kejar kemewahan mmg lah semua ada pada dasarnya. Tapi ikut logik ah. Ikut perkiraan umur lah. Lelaki yg kaki 'ketuk' mcm tuh, entah lah. Kalau dah sayang...tak guna gak. Tapi mmg hina pada pandangan mata I lah. LOl.

misshetrek,
ada yg masih sudi melayan. Tapi dengan their own hidden agenda lah:P
bagi 'makan', nnt perempuan kena 'makan' balik:p

Pjoe,
Thanks and I love your quote
"played their game but with your rules and regulation"
kita sndiri yg tentukan corak permainan...kan? Hehe

Tanpa Nama berkata...

ako tawu sape insan itu!gaga!

Provost berkata...

Hurmm..
Perempuan ade 99 nafsu ma..
lelaki satu saja..
Sudah tentu lah si perempuan demand-nye melebih-lebih..
Pada sesiapa yang mempunyai teman wanita seperti itu, tolong la..
Tinggalkan saja, ramai lagi yang lebih baik dan tidak terlampau demand..
Bagi yang compare ex dengan bf, ape kate si bf compare lak ex ngan gf..
Biarlah terpaksa berdusta asalkan dia sedar akan ketinggian dan keluasan langit..
Baru bertemu Ultraman dengan Raksasa
(Perumpamaan baru ciptaan ku:-)

Patraque berkata...

Hey! bro!
ni senang cakap mesti ko ada prob ngn someone. Sorry aku bkn nak msok cmpur. Itu hal kau!

Erm, pasal kau punye posting ni. Kalo betul ko sudah menuggu 2 thun untuk bercinta kembali dan ini penyebab kepayahan ko kembali bercinta. Ini aku tak terkejut. Sebab sekarang kena lebih berhati-hati. Kalo sebab ini lelaki menjadi curang. Itu fakta yang betul. Tak percaya? Buku M. Gary Neuman "truth about cheating" membuktikan melalui kajian. Percayalah tak kemana harta demi cinta! Walau bulan mampu ditarik ke bumi.

Perempuan Cerdas berkata...

Paling benci perkataan ex di dunia.
Tak kisahlah dalam konteks ayat
ex-prime minister ke
ex-chairman ke apa?

Orang yang suka cerita pasal ex patut ikat kat pokok,bogelkan and bagi semut makan.

M

Alyaa berkata...

GOLD DIGGER!

selalunya perempuan macam ni sesuai jadi mistress je. mengada lah.

tampaq ja bagi. apa dia ingat, cop duit ka?


nasib baik i tak mcm tu :p semuanya kena balance. everyone has said so too :)

i'm loveless berkata...

kalau ada pompuan yg kate bergitu..
kau pijak je muke die!

tapi kita tak bole nk dikriminasi pada satu pihak saja..
tidak sume perempuan seperti itu..
zaman sekrg lelaki pon ada gk..
hati perempuan sangat lembut..
kadang2 lelaki nk amek perhatian dengan membuat cerita2 sedih seperti:

'saya kerja tak de,bpk tak de, mak selalu wt bodo kt saya..ermmmmm..ni kete baru exiden..cm nk dpt duet byr kete lg,nk btol kn kete lg,nk tanggung mkn lg,nk itu nk itu'

BODOH!

dh tw tak de duet..pg la cr keje!
yang ko pg melangonk wt pe..!

tapi kalau dpt yg susah same2 mmg sgt bagus!
sekian

enche syamsul ariff berkata...

lu mmg sempoi breder..!
*salute*

Anbreen,Aziz berkata...

wtf do you mean nasib i'm daddy's little girl? that's my business. takde kene mengene dengan apa2.

Ferdows berkata...

eh rilek ah Anbreen.
u ni angin tak bertempat ah..
I gurau kot..

little miss shy berkata...

ahahhaa. ok, i bkn mcm tu. thank god. mkn kt warung lg best drpd mkn kt chilis ke tgi ke ape2 je laaa tok nenek smua. murah, selesa :D dhaous, chiillll. ouh wow lame nyee menyingle. woot woot! :)

syaNa berkata...

it's a nice post and a hot post.! but i like it..

ada kebenaran dalam apa yang you cuba sampaikan. yes, mmg wujud banyak perempuan di luar sana yang memandang dari sudut kebendaan. tapi jgn kerana segelintir kaum2 hawa yang wayarnya terputus ini, ianya di tunding kepada semua perempaun. agak tidak adil di situ.

"you tak boleh minta mak you dulukan duit dia belikan you kereta? Senang sikit kita nak bergerak mana-mana"

heh? ini memang sangat melampau. apa kata si teruna ckp mcm tu balik kat that girl. lol.

kenapa? hidup bersama ini sekadar di saat senang sahaja kah? dan apabila susah di tinggalkan langsung tiada erti. begitu?

Di tinggalkan di saat kita sedang menghadapi kesukaran dan memerlukan insan yang tersayang memang sesuatu yang memeritkan. Jatuh sgt, sampai susah utk kita bgn semula.

soal ex, tak berani untuk mencari cinta yang baru.. jgn lah jadikan ini sebagai satu tembok penghadang.

Aku seorang perempuan. Aku setia pada setiap relation aku dan semestinya aku memang bukan seperti "manusia dalam post kau ni". tapi kadang2 bila kita perempuan terlalu setia pun, tidak meminta dan terlalu memahami pun mula lah lelaki jadi "ulat bulu naik daun". jadi, meminta salah tak meminta juga salah. Apa kata kamu? tepuk dada tanya lah hati. :p

2 years and a half and still counting.? saya juga begitu sebelum bertemu cinta yang baru. apa yang perlu kamu lakukan (seperti juga saya lakukan); tarik nafas, buang kenangan dan kesakitan lalu, pandang kehadapan, buka pintu hati kamu dan melangkah.

melupakan sesuatu yang di belakang kadang kala akan membahagiakan kita di masa hadapan. And trust me, the more you got into relation you'll learn more. how to maintain it.

manusia itu tidak pernah sempurna wahai sahabat ku.

buat mereka yang materialistik ini andai terbaca, harta tu takkan bawak ke mati. Hari ini engkau buat orang, esok lusa perkara sama akan jadi pada kau.

Mrs.bubu berkata...

hahaha
x belh blah kan
gila demand
aku sndri pun jarang gler mitak bf aku banjer
nk g mane mane pun semua punblic transport
ok jek
;)

ira berkata...

aku macam kenal je quote2 tu..
betul la tu..xpayah la nak membandingkan ex ko dgn bf baru ko.adoi..wat sakit haty je.

a n n berkata...

ohh my god.

unbelievable.

yet true.

im not trying to say this as a bad thing but the real word for this kind of girlfriends - pigheadedness/tenacity.

goshh.

Awin Roslin berkata...

i hari2 makan pelita dgn kekasih. dan bil pun asing2. pempuan jenis mcm tu msti rase digusted tgk kami. bahaha.

Ferdows berkata...

Awin Roslin!
Hi! lama tak dengar khabar
hehe
oh u makan pelita mana?
klcc;)
ahahah. Tapi ok what mcm tuh. Byr sndiri2, ada lebih sen baru payung ah kan:P

Ferdows berkata...

Syana,
nice one:)
I tak ble ckp pnjg sgt u know why
hehe

Mrs Bubu, bagus lah tuh
susah senang sama2
ecewah:P

Awin Roslin berkata...

pelita klcc memang tak dapat la bro. pelita taiping yang hina itu pun jadi la. cuma terasa berada di restoran makanan siam kerana ada orang pattani berkerja disitu. humangaih!