Isnin, Disember 29, 2008

Tak Beragak - Sitemeter Bahagian 1

Aku baru sahaja belajar 'menggodek' laman Sitemeter aku. Klik sana-sini, baca dan gelak seorang diri bagai nak gila. Kau semua perhatikan gambar-gambar di bawah. Klik untuk versi lebih besar. Gila betul. Aku tengok referrals dan baca apa kata kunci yang ditaip insan-insan malang ini semua hingga membuatkan mereka sampai ke blog aku. Sumpah kelakar ok. Paling terbaru yang di bawah ini.


"Bra Triumph Kena Curi"
Apa yang kau cuba lakukan sebenarnya wahai pengunjung. Bra kau kena curi di ampaian ke? Boleh pula google untuk mencari bra kau ya? Kenapa tak pakai gogglemaps? Nanti aku cipta bra yang boleh dipasang alat pengesan Captor untuk kau ya? Mudah kalau bra kau hilang nanti. Boleh cari pakai satelit.


"Artis ditebuk tupai tiada dara"
"Cerita aksi seks yang mengghairahkan"
Ya Tuhan. Aku rasa serba salah tahu. Rasa seperti bersekongkol bersama untuk menyumbang kepada mereka ini membuat maksiat. Ecewah. Aku tidak tahu mana-mana artis yang tiada dara. Soalan begini patut kamu Google nama Mama Juwie atau Kak Pora atau Siti Jarum atau Papagosip (ini paling baru aku tahu) terlebih dahulu. Mungkin mereka boleh memberi jawapan kepada soalan anda, ya tak? Apa segala maklumat hingga ke dalam kain artis mereka tahu. Mereka ini semua MAKSUM tahu. Ya, mereka ini MAKSUM seperti pengawal keselamatan UiTM. Suka cari kesalahan orang lain. Sudah lari topik aku rasa. Manakala untuk cerita seks yang kau cari. Kau cari Cikgu Suraya ya? Guru Matematik dari utara tanah air itu, ya? Tapi dia tiada di sini lah. Usaha gigih lagi. LOL

"Celcom Broadband macam sial"
Abang/kakak/adik, saya punya sudah kembali seperti biasa. Senyum saja sepanjang guna internet. Senang saja perkara begini, kamu hubungi customer service banyak-banyak kali. Kalau berani kamu tengking mereka. Aku mengajar berkasar pula. Ya lah, cakap lembut-lembut kerja tak jalan. Ibarat pahat dengan penukul. Sekali ketuk sekali jalan. Dan jangan cepat putus asa untuk telefon customer service ok. Kita ada hak. Kalau mereka banyak cakap, jawab saja begini
"Slogan kata 'Ini Wilayah Celcom'. Wilayah acik hang" dan jangan segan telefon mereka setiap hari sehingga nombor anda jadi hits selalu membuat panggilan. Mesti akan ada perempuan bersuara seksi telefon dan bertanya masalah anda selepas beberapa hari. Selalunya perbualan begitu akan berakhir di meja makan malam berlilin dan seterusnya ke kamar tidur yang harum semerbak dengan bau-bauan aromaterapi...hmmm kamu sambung sendiri imaginasi aku ini.

Sudah jauh menyimpang aku rasa. Jadi itu saja.

2 ulasan:

Patraque berkata...

Bila Ahli Parlimen Bersuara...

Aku ingat kalau nut tayar yang melambak kt atas dunia ni pown bley cri pe kt Googles kalau hilang....

Lepas ni Polis dah tak guna kowt!

Ye r, sume menda nak dilapor kt internet.... Hahaha!!!!

Tanpa Nama berkata...

Satu je nak gelar kau si Pesimis...
Si Pesimis = STALKER