Selasa, Januari 13, 2009

13 hari dan masih terus mengira

Kurang lebih 2 hari saja lagi dan genaplah setengah bulan pertama untuk tahun 2009. Apa yang aku sudah dapat? 2009 dimulakan dengan suasana yang sangat hambar sekali. Seperti biasa, aku tiada azam tahun baru. Untuk apa? Aku tidak mahu terikat dengan apa-apa komitmen yang menyusahkan. Ini bagi aku-lah. Orang lain aku tidak tahu.

Seminggu lebih aku biarkan blog tidak di-update. Malas. Sibuk. Kusut. Sudah 2 minggu kelas bermula (sepatutnya masuk 3 minggu, tapi aku 'cuti sendiri' minggu pertama)

Malam tahun baru, aku tidak ke mana pun. Hanya lepak di kedai makanan Arab sekitar Ampang dan makan nasi lauk kambing dalam dulang besar. Kongsi dengan 5 orang sambil 'disulam' dengan air teh pudina. Sambutan tahun baru yang sangat tenang bagi aku. Tidak perlu bersesak semata-mata untuk melihat bunga api. Bila difikirkan kembali, semasa baru menginjak usia remaja, apa-lah yang aku dapat sehingga sanggup bertekak dengan ibu bapa hanya semata-mata mahu keluar menyambut tahun baru. Nothing. I tell ya' nothing.

Kembali kepada cerita semester baru. Sumpah aku sudah mula rasakan tekanannya. Sudah puas bersenang-lenang semester lepas, nah padan muka aku. Kata mereka yang sudah lepas, semester ke-3 ini 'semester membunuh'. Mana tidaknya, ada subject psychology, journalism, photo communication, graphic design & communication, public relation dan 3 subjek wajib yang lain. Entah tidak tahu bagaimana caranya untuk aku dapat mengadap semua benda ini sekali harung. Aku malas mahu fkirkan sangat, cuma bila orang keliling mula merungut tentang tarikh hantar proposal ini, tarikh hantar inidividual assignment itu, tarikh presentation dan perkara lain, aku mula paranoid. Turut sama rasakan tekanannya, dan ya. Semester baru ini jadual aku sangat padat. Setiap hari kelas bermula 8.30 dan paling maksimum hingga 10 malam. Terbaik. Selama satu semester yang lepas kelas semua bermula 10.30 pagi, semester baru ini 'mendapat'. 8.30 pagi setiap hari memang punca sudah seminggu 2 hari aku tidak mandi pagi. Sejuk bai.

Jadi, semoga berjaya aku ucapkan untuk diri sendiri dan aku 'gerak' dulu. Ada kelas untuk dihadiri.

9 ulasan:

blitzizni berkata...

cos apa ya?


selamat belajar.

Ferdows berkata...

Blitz,
Mass comm
you?
Thanks btw

blitzizni berkata...

ouh. quantitative science. koko sem neh sket gylerw plihan. haish.

:D

Ferdows berkata...

Blitz...
Kejap..
you QS ke?
gila lah!
All the best ok!
Course rare tuh:P
Sem berapa?

Awin Roslin berkata...

alamak kira sem 2 masih hanimun la? tapi kenapa i tensinya mcm dah bersem2? hahaha.

blitzizni berkata...

yup QS.
:D thanx.
rare. numbers. death. huhu.
sem 3.

Provost berkata...

Salam..
lex ar bro,aku pun da lme gak x update blog,since cuti sem lg kOwt..
tp tue la kn,cluz sume kne pg kul lpn steng la plak,mmg saket la kn..
but at leaast tiap2 pg aku bgn subuh dn mndi,haha...
=P

Ferdows berkata...

Awin,
ruginya u pergi stress awal2
Sem 1&2 lah kena enjoyyy
Hahaha:P
Study smart ok

Blitz,
susah tuh. Sumpah weh susah
Xau tak affect ke nak ingat number semua? Hahaha:P

Ferdows berkata...

Provost,
yang bangun pagi sembahyang subuh tuh mmg makan dalam
Hahaha:P