Sabtu, Januari 24, 2009

Hide and Seek; pra-produksi


Seharian aku ikut naufalhiccup membantu seorang rakan yang lain (budak-budak course penulisan kreatif & seni layar), menangkap gambar untuk dijadikan poster filem pendek independent pertama mereka yang bertajuk Hide and Seek. Memang puas hati. Aku pun menyibuk saja mahu cuba-cuba apa yang kamera baru aku boleh lakukan. Eceyh. Filem pendek itu nanti kalau sudah siap dan aku dapat info, aku promote.

Lokasi ialah sekitar Kuala Lumpur. Antaranya ialah Flat Pekeliling yang sedang meniti hari sebelum diruntuhkan. Memang horror habis. Banyak lokasi menarik di sana. Antara bangunan tertinggi terawal di Kuala Lumpur, juga kalau yang kaki filem Melayu, mesti perasan dalam beberapa cerita P.Ramlee ada shoot di lif Flat Pekeliling/Perumahan Tuanku Abdul Rahman. Kata mak aku, mula pembinaan flat ini semasa dia di tingkatan satu. Lama tuh. Dan aku suka bangunan ini kerana cara pembinaannya yang menarik. Kau bayangkan main puzzle, macam tuh lah cara pembinaannya. Kira bangunan pasang siap lah. Caya kan?

Dan hampir 20 tahun aku hidup, akhirnya aku sudah tahu Tugu Negara itu di mana. Gila memang aku tak pernah nak ambil tahu kan. Besar gila bai Tugu Negara. Di sana shoot untuk scene terakhir dan kemudian pergi makan, tengok hasil gambar bagaimana dan balik.

Sekarang aku nak mandi dan sebelum itu aku ucapkan
Happy Chinese New Year dan selamat bercuti.
Yam seng!

9 ulasan:

little miss shy berkata...

adoiiihaii weh kau ye yang amek gmba. sebagai senior *ceyt* haha. ok arh ;p tp gmba bawah tu, iso besarkan kasik terang ;p hahahahaha :D:D:D ala. tp kau nye camera lagi power. dengki :( part5 kite pon buat keja ni nnt. waduh.

Ferdows berkata...

Lina,
Hahaha. Jgn kau pandang rendah pada aku ini. Ceyt, benci ok term 'senior':P
oh btw, gambar bwh tuh mmg I buat mcm tuh. Tuh w/b dia 9900 kot. Paling tggi. Yeah tak sabar part 5 nnt:D
Ah kamera power ke tak tak penting. Bakat tuh kena ada
HAHAHAHA

little miss shy berkata...

oh skang nak kate u ada bakat arh ni? wakakakak .. ok kita lihat nanti ;)

blitzizni berkata...

naufal. hurm.

Ferdows berkata...

Lina,
Apa yg kita nk lihat nnt?
Hahaha
Take it easy. Bkn I niat nk ckp besar pn and thanks for the info.

Blitz,
What's up with that name?

Awin Roslin berkata...

eh u tau tak, masa jumaat lepas, kelas public speaking i miss wan azfaroza (apatah nama dia) ajar tau. die ckp la masa sem lepas ada sorg budak ni nk present bende lain sekali terkuar gmbar 2 org gay ke apetah lepas tu budak tu ckp la oh tu sekadar gimik (cmne tah cite die.tapi lebih kurang ini la).

pastu miss wan ckp la, "die taun ni sem 3. sem lepas die buat presentation pasal blog". i dah cm, "miss, die present how to persuade people to read my blog ke?". die dah cm, "a ah". i senyap je la. den die ade ckp budak tu ade cite pasal pegi lunch dgn die ape sume. den i dh trus cm, "miss, i rasa i tau sapa. firdhaus kan?". den miss wan dh gelak gile ok. HAHAHAHA.

syaNa berkata...

hahaha.. presentation yang "menjadi" hangattt...

Ferdows berkata...

Awin,
Hahahaha. Betul tekaan I. Mesti you punya from 2H!
She straight called me lor after habis ajar your class. LOL
U baik2 ah dgn dia. Bodek skit nnt dijamin A for pub spkg!
Hahah:P

Lord Fiqo berkata...

i like the pictures. cantik...