Selasa, Januari 20, 2009

Sila makan hati sekarang. Peribahasa; bukan makan hati ayam


Akhirnya.
Selepas 3 minggu ke kelas Photography & Communication meminjam kamera dari senior, Khamis yang lepas aku sudah dapat aku punya sendiri. Aku tak tahu bagaimana nak gambarkan kegembiraan aku. Cuma ya lah, bila sudah 'ketuk' duit ibu bapa ribu-ribu ringgit, perkara yang paling menakutkan aku dan semua orang ialah bila 'harapan tinggi yang diletakkan pada bahu aku/kau atau orang lain'. Bagaimana caranya, aku perlu usaha untuk fokus dan usaha lebih. Semuanya pada diri aku sendiri. Tiada orang lain yang boleh bantu aku (Motivasi untuk diri sendiri , beb)

Juga mungkin selepas ini, kamu semua boleh stereotaipkan aku seperti remaja-remaja lain yang mengikut peredaran zaman. Remaja yang mengusung DSLR ke hulu ke hilir lah, itu maksud aku. Kita memang tidak boleh lari daripada stereotaip. Lagipun, kena adil-lah. Aku boleh hakimi orang, mereka juga boleh melakukan perkara yang sama. Tidak kisah lah, yang penting kita tahu diri kita. Tak begitu? Yang penting juga aku gunakan Manual mode, ingat ya, Manual mode bukan Auto mode. Dan, sekurang-kurangnya aku tahu yang semakin kecil aperture number, semakin besar bukaan lensa. Semakin kecil shutter speed, semakin lama bukaan lensa. Ok murid-murid, itu pelajaran pertama kita hari ini. Ini untuk yang tidak tahu ya. Yang dah tahu, duduk diam-diam sudah. Susah juga untuk terjemahkan tutorial pertama dari aku. Haha. Menjadi masalah juga ya bila terbukti benar orang lain kata, bahasa Melayu tidak banyak perkataan untuk merujuk sesuatu perkara/perasaan atau perkara lain. Banyak bahasa pinjaman. Mana originalitinya bahasa Melayu? Lihat, aku baru pakai perkataan/bahasa pinjaman. ORIGINALITY=ORIGINALITI. Lol.

Sekarang memang aku tak boleh update blog selalu. Malas satu. Sibuk tidak lah sibuk mana pun. Tapi sibuk juga lah. Tiada idea rasanya. Lagipun aku sekarang bukan sebilik dengan roommate lama aku. Sebilik dengan orang lain membuatkan aku rasa tidak selesa dan terus buat aku tidak ada idea. Untuk sementara dan cepatlah pindah kembali ke blok kolej yang baru habis direnovasi. Sekali lagi, perkataan/bahasa pinjaman. RENOVATION=RENOVASI. Tugas anda semua hari ini ialah cari nama bahagian di Dewan Bahasa dan Pustaka yang meluluskan atau mengiktiraf perkataan-perkataan/bahasa-bahasa pinjaman ini. Adakah betul termaktub atau dimulakan oleh seseorang dan terus menjadi ikutan?

Maaf, kali ini aku sudah jadi seperti orang lain. 'Show off' benda yang baru dibeli/diterima etc. Haha. Ami, sila cemburu sekarang:P

Jadi itu saja. Adios.

13 ulasan:

ami schaheera berkata...

cis tak guna.

blitzizni berkata...

sekarang aku sangat faham maksud cemburu dan jealous itu sama. ouh damn!

belajar rajen-rajen. nnt snap gmbar aku. ;D

Ferdows berkata...

Ami,
bunyi mcm marah je?
I gurau je taw. Haha
Peace:)

Blitz,
sebelum ni kau tak tahu ke?
Hahaha
Thanks thanks. Insyallah
Kau pun!
nnt snap gambar masa xau.
Cun?
Hahaha:P

cempaka.lisme berkata...

cemburu la macam ni!

ami schaheera berkata...

huhu i gurau jugak dalam dendam :P~

i tengah jeles gilaaaa la nih benci taw haha

Ferdows berkata...

Cempaka,
Hi!:D
Haha. Jgn cemburu sangat ok;p

Ami,
Ok cool. Susah taw communicate virtual dgn menaip ni. Tak tahu face reaction mcm mana. Risau risau.
Haha
Skrg kumpul duit dulu nak kahwin!
Later baru beli dslr ok:D

.khairi. berkata...

ya,aku cemburu..
aku nak juga..

o kambeng hitam o berkata...

owh tolong.!!! aku menginkan kotak hitam ini satu.! yang kaw punya. yang d80:(( owh sgt iri:(


owh iya. hye. nma sy nuyul:)

syd berkata...

perghh d80 aku sangat jealous!!

Ferdows berkata...

Khairi,
Haha. Jgn begitu. Gambar2 dlm blog kau boleh tahan juga. Aku amatur baru:)

o kambeng hitam,
Haha. Insyallah ada rezeki dpt nnt. Hi back Nuyul.

Syd,
Apaaa tgguuuu lagi?:P

Tanpa Nama berkata...

yuk ajak la lecture ko yg hot tuh g clubbing bwak d80/////////////

dasar budak pmeskom bodoh..

vgayat dapat kemre ngalahkan budak photo,,,,,,,,

bodoh.......

Tanpa Nama berkata...

hehe memg si pesimis ni bodo..

baru tau ke ke?

die bengang ngan geng2 anon

pe lagi jum bantai blog die smpi jahanam.

hahah~ ade bran?

turun nz sok pkol 10

hehe bodobo~ u sndri yg tuleh bukan kte x tau...

Tanpa Nama berkata...

DARI STUDENT PHOTOGRAPHY

D80 adalh camera semi-pro dari NIkon.
Apa yang kamu katakan itu betul...
Remaja2 ke hulu-hilir membawa DSLR masing2..and untuk pengetahuan anda,
anda baru je menjadi salah seorang dari mereka.
Mereke yang mempunyai minat dalam fotografy akan membawa camera mereka dimana2 sahaja, tak kisahlah camera ape pun ape yang mampu.
SO tak payah pandai2 judge orang lain yang membawa camera ke hulihilir...
setiap orang ade hak.
dan aku paham kau juga ade hak untuk menulis.
Tapi tengoklah diri kau.
Aku bukan nak perli,
Tapi tolonglah...
tak payahlah kau nak berlagak dengan 'keupayaan' kau mengambil gambar guna Manual mode...
Kau baru je sentuh D80 tu..
kau belum tahu pasal modelling flash...pasal custom optimizing...
Aku sedih...orang macam kau perlu sedar...fotografy bukan sekadar menggunakan D80 untuk menangkap gambar menggunakan mode manual...
Setiap mode ade functionnya sendiri...bukan sekadar suka2 taruk..KASIHAN dengan D80 kau.