Khamis, Februari 26, 2009

Portugis Dance, A'famosa Melaka.


Kalau boleh, satu album aku mahu upload. Tak pandai aku nak nilai mana elok, mana tak elok.
Ini 5 keping yang aku suka. Aku suka-lah, orang lain aku tidak tahu.

Sebelum mula cerita, kita berpantun sedikit:

Cendol mamak rasanya manis,
Bandar Melaka megah A'famosa-nya,
Cantik si kakak berbaju Portugis,
Sayangnya sudah beranak tiga.

Hahahaha. Bapak ah. Sumpah aku rindu zaman mewakili sekolah ke pesta pantun antara sekolah-sekolah daerah Selangor. Itu cerita dahulu. Patut ke budak perempuan sekolah lain assume aku lelaki lembut? Hanya sebab aku wakil sekolah ke pesta pantun. Haish. Macam mana nak kekalkan budaya seni bangsa kalau begini mind set mereka? Cyehh.

Kita mula. Selepas berminggu pening kepala memikirkan jalan untuk menyiapkan tugasan; Menghantar gambar untuk Photo Gallery semester ini, akhirnya berjaya kami (aku dan seorang lagi group member) siapkan, dan 2 gambar diterima untuk photo gallery. Tahniah untuk diri sendiri walaupun terpaksa keluar sedikit wang membayar penari. Ya lah, zaman sekarang ini mana ada benda percuma. Nak kencing pun 20 sen bai dan RM2 jika di tandas KLCC 2nd Floor.

Daripada gambar di atas, tiada pun aku letak 2 gambar yang diterima untuk Photo Gallery. Tak menarik-lah Photo Gallery belum mula, tapi aku sudah letak gambar di sini. Tiada unsur saspen. Heh!
Oh ya! Apa yang aku tulis dalam pantun di atas adalah perkara benar. Ya, kakak itu tadi sudah kahwin dan punya 3 anak. Memang terbukti, orang menari ini badannya cantik-cantik. Kamu lihat saja Linda Jasmine. Kan?

---------------------------------

Sebentar tadi aku dapat berita daripada kakak aku:
"Ayah dah sah dapat mild-hepatitis. Ini semua sebab merokok. Kau pun dah boleh-bolehlah fikir cuba berhenti ke apa......"

Berpuluh tahun ayah menjadi 'hamba' rokok, dan selepas berpuluh tahun itu akhirnya datang kesan jangka panjang yang sudah kita jangkakan dan tahu, tapi manusia.... benda yang dilarang itu-lah seronok kita buat.
Sudah 'sampai seru' agaknya....
Mungkin aku perlu lebih gigih cuba untuk berhenti merokok, atau pilihan lain ialah cuba menjadi 'perokok sosial/social smoker'.
Insyallah, aku cuba dan semoga ayah cepat-cepat menjalani rawatan.

6 ulasan:

ami schaheera berkata...

hope your dad is gonna be fine..

Budak Kasturi berkata...

eh bkan ko skolah teknik setapak ke??
ko ckp ko wakil selangor,bkan skolah tu kat kl
ko wakil sekolah??
tipu yek..
BM pun terabur,bersepah mcm org bodoh..
cuba tgk pantun ko tu..
btul ke??
rima pun salah..
sedih..
buat malu je masuk pantun..
nak tau sape aku,cube check pemenang pantun kebangsaan 2005.
hah,tu aku..
ape macam ade bran??
jom berpantun..


ape pun harap ayah ko cpat sembuh, insya allah..
n harap ko pun kene mild hepatitis sbb ko kan slalu kutuk org je..
hrp ko sembuh pnyakit hina org..
sbb tgk blog ko,aku pun dah dapat penyakit menghina org..
sume ko nye pasal.hahaha

Ferdows berkata...

Ami, Yea hope so.
Thank you.

Budak Kasturi,
Aku di Teknik Gombak. Bkn di Setapak.
Check balik peta Mlysia Gombak dlm kwsn mana.
Aku tipu ke, apa ke, kau pergi percaya siapa suruh?
Sekarang siapa bodoh?

nurul khairunie berkata...

i like the third pictures.
hope ur dad is going to be well.

Ferdows berkata...

Nurul,
Yea same here.
Thank you very much

Tanpa Nama berkata...

aku benci ORANG MEROKOK...
bau mulut macam asap lori haram..
heh...
Merokok dah pernah difatwakan sebagai HARAM kt Malaysia ni...
tapi ORANG ISLAM mcm empunya blog ni tak pernah ambik serius...
Cakap nak berhenti tapi still hisap rokok tiap pagi petang malam.
dah sah2 rokok tu tak bawa ape2 kebaikan...lagi cepat mati adalah...
Elok sangatlah tu bila paru-paru kurniaan Allah korang jadikan hitam-sehitam2nya.