Selasa, Februari 10, 2009

Rahmat awal 2009

Bukan. Bukan Rahmat daripada kumpulan Mega jauh sekali kumpulan Ekamatra yang aku maksudkan.

Bangun dari tidur, bersiap dan ke kelas sepanjang hari. Itu rutin aku selama kurang lebih sudah sebulan satu minggu. Saja aku sibukkan diri aku semester ini. Tapi, seperti biasa-lah kan, sikap tipikal kita orang Melayu (tak semua), assignment semua akan di buat dalam jangka masa 24 jam sebelum dihantar atau lebih teruk beberapa jam sebelum baru mahu mula ayat pertama. Biasalah itu......

Pejam celik, pejam celik, 2-3 minggu lagi genaplah setahun usia blog aku ini. Macam tak percaya pun ada. Satu aplikasi dalam alam maya yang aku 'pinjam' untuk menjadi saksi apa segala yang mahu aku 'carutkan' di sini.

"Kelakar"
Itu ayat pertama terpacul dari mulut aku bila aku mula 'selongkar' kembali entri-entri lama. Ada berbaur sedih, gembira, provokatif atau perkara lain. Seronok bila baca kembali dan sengih seorang diri.

Berbalik kepada tajuk, rahmat awal 2009. Entahlah....aku tidak tahu cara yang bagaimana untuk menggambarkan apa yang berlaku di keliling aku sekarang, bila difikirkan kembali tak pernah terlintas langsung dek akal fikiran. Kawan-kawan yang lama menghilang mendiamkan diri, entah tiba-tiba 'mencari' dan 'dicari'. Seronok bila jumpa dan kita gamit kembali cerita-cerita lama. Zaman sekolah, zaman semua orang mahu ada band, zaman rasa diri bak 'abang-abang', zaman konon darah panas semua orang mahu diajak bergaduh dan sampai esok tak mungkin aku dapat habiskan segala zaman yang pernah dilalui. Juga, semakin banyak perkara baru yang aku belajar yang perlahan-perlahan 'membina' siapa aku yang sekarang.

Tidak guna bila kau uar-uarkan yang kau ini hidup berprinsip bila mana kau sendiri melanggar prinsip 'ciptaan' kau. Januari dan Februari ini, banyak dialog dengan rakan-rakan yang buat aku tersentak; aku 'rakam' dalam memori dan aku ulang, ulang sebanyak kali yang mungkin. Penangannya seperti baru lepas ditampar supaya bangun dari tidur.

"Arh. Apa pula macam tuh. Semua orang lah dude susah nak cakap 'NO' bila mana orang lain minta bantuan. Semua orang. Jangan ingat kau seorang dan jangan terus diperbodohkan digunakan. Kalau betul lah dia (sesiapa) mampu cakap 'NO', memang 'kuat' dia berpegang pada prinsip yang dia (sesiapa) tetapkan. Kau cubalah..."

"Kau tak perlu bersusah payah nak menjaga hati orang. Betul peduli dia dengan kau? Tahi-lah itu semua"

Aku telah belajar yang aku perlu lebih gigih berusaha untuk berkata.
'Tidak'
Kerana telah lama aku menafikan prinsip yang 'diamalkan' selama ini.

1 ulasan:

Colleague berkata...

NO.
Kau timbulkan isu ang kau tidak boleh kata No pada orang yang meminta pertolongan kau.
Kau nak tunjuk yang kau adalah seorang yang sangat baik.
Dan kau timbulkan masalah tu.
Jika kau betul-betul nak tolong orang, kau takkan timbulkan masalah yang kau tidak boleh katakan NO.
Kau tidak ikhlas dan hanyalah mengharapkan orang lihat kau sebagai orang yang baik.