Selasa, Februari 24, 2009

Satu Tahun


Februari bertemu Februari. Pejam celik pejam celik, sudah satu tahun usia blog ini.

Daripada Suara Anak Muda dari Lembah Franjan kepada Pesimis, daripada menaip di cyber cafe hingga sudahnya punya internet broadband sendiri, hingga paling terbaru blog aku tersenarai di sini. Apa hal? Kamu klik dan lihat 'Blog Berkaitan Obesiti'. Tuhan, bantu aku. Maaf para pembaca semua, bukan niat aku untuk 'memesongkan' kamu. Ingat ya, blog ini tidak punya sebarang kaitan dengan blog yang aku nyatakan sebentar tadi apatah lagi blog aku sebagai rujukan untuk 'Punca-punca Obesiti'. Kepada pemilik blog slim-langsing, sila 'turunkan' aku daripada senarai blog kamu. Kasihan orang yang akan rasa tertipu bila mereka ke sini.

Jadi, satu tahun berlalu sudah. Tidak perlu aku ulang-ulang perkara yang sama dalam setiap entri. Kita semua manusia sudah dewasa dan mampu berfikir, kamu cari-lah entri lama-lama aku (jika rajin) dan aku yakin kamu akan perasan tentang 'naik turun' blog ini, bagaimana suntikan mood dalam setiap entri atau gelak-lah sepuas hati kamu membaca entri-entri yang penuh unsur 'tidak matang'. Walaubagaimana bertambah usia kita semua, percayalah mesti terselit sedikit perangai ketidakmatangan. Perkara itu aku akui.

Juga, daripada Sejarah Melayu hingga kepada anonymous yang begitu rajin hadir menghentam, memaki, terima kasih atas usaha 'murni' anda. Terima kasih tidak terhingga. Moga hidup anda semua diberkati, Insyallah. Cuma satu pesan aku, jangan lah kamu memutarbelit mempermainkan agama bila kamu sudah keputusan idea. Tidak manis. Bahagian atas kamu mengutuk aku bukan main, akhir ayat kamu bangkitkan perihal Nabi atau kamu tulis sepotong hadis. Tak ke memperbodohkan diri sendiri?

Kata orang, punya blog itu bererti tidak punya hidup. Tidak ada life. Kata orang, menulis di dalam blog itu untuk orang-orang psycho. Kata orang, punya blog itu tanda kamu mat bunga, mat cintan.
Itu kata orang. Apa boleh dibuat.

Akhir kata daripada aku,
Selamat Ulang Tahun Pertama, Pesimis.

Kita lihat, berapa lama lagi boleh tahan.

4 ulasan:

I'm So Sorry berkata...

you see..
when people advice in a nice word..
u totally reply unwisely
never mind,its ur blog but i just say one thing..
spam the anynomous..
u give people room to mock u,hate u and all..
doesn't it create negativity?
i don't know because u the one saying u are intelligent here..
but its up 2 u..
please make ur blog clean by stop MOCKING others.
can you?
or are u too better than others?
seriously..

Ferdows berkata...

Aku takde masa utk ini semua.
Yea I'm better than others and all what u said above is TOTALLY right.
That's life and this is BLOG.
Bezakan realiti dgn virtualiti.
Dan menjadi hak aku utk menulis dalam blog ini bagaimana. Terima kasih kerana faham.

.cik anyzz. berkata...

tahniah :)

Ferdows berkata...

Cik anyzz,
Terima kasih