Isnin, Februari 16, 2009

Tercemarnya pemandangan pagi aku.


Bangun pagi, menuju tingkap dan buka luas-luas. Sambil menikmati pemandangan 'hijau' di depan mata, nyalakan rokok sebatang dan hembus melepasi tingkap. Fuhh......
Serentak itu kau pejam mata dan bayangkan hidup kau beberapa tahun akan datang.
Itu perkara paling nikmat dibuat sebelum ke kelas pada waktu pagi. Ah.... Tapi itu perkara tahun lepas, 2 semester yang lalu yang mana hanya tinggal kenangan sekarang.

Ini semua 'pengorbanan' yang dilakukan untuk anak-anak bumiputra. Habis hutan ditebas digondol menjadi padang jarak padang tekukur. Bilik aku sekarang pun tak boleh buka tingkap selalu. habuk pasir banyak bai. Pembinaan bangunan fakulti baru, pejabat, dan kolej segalanya. Ini semua untuk anak-anak bumiputra (sudah 2 kali diulang), juga dengan misi UiTM untuk mencapai sasaran beberapa ribu jumlah pelajar aku tidak ingat menjelang 2010. Siapa tahu?

Yang pastinya, bila mana kerajaan sudah keluar belanja billion-billion ringgit untuk membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada anak-anak bumiputra menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi tapi kamu lebih memilih untuk menunggang dan membonceng rxz pada malam minggu, atau terkinja-kinja shuffle di hadapan Maybank Bukit Bintang atau perkara lain, kemudian kamu pung pang pang berbual "Ah orang ______(sila letak nama kaum lain di sini) memang bangsat, berani cabar kuasa Raja, berani minta hapuskan hak bumiputra, suka pijak kepala orang Melayu........
Aku yakin kecewanya kera, monyet, harimau (jika ada) di hutan yang telah digondolkan demi untuk masa depan anak-anak bumiputra. Tapi empunya badan?
Hampeh.

4 ulasan:

FLOY berkata...

demi mencapai pembangunan, kita kenalah mengorbankan sesuatu...

dalam kes ni, nak bina bangunan, terpaksa la tebas hutan tebal tu...kalau tak tak dapat dibina apejadah bangunan yang nak dibina..

macam mahkota parade melaka, nak bina mende tu, terpaksa tambak laut..kalau tak takde budak2 takde masa dpan melepak kat situ..

ni uitm mane?

Ferdows berkata...

Floy,
lama kau menghilang?
Apa khabar?

Yea betul betul apa yg kau ckp.
Aku setuju

Uitm Melaka.

muhammad rahimi bin hasan berkata...

uitm shah alam lagi tercemar..

5'oNe berkata...

cantik gmbr tu...kt mn tu...mcm kt uitm melaka je...