Isnin, Mac 16, 2009

Brainstorming, Bankrupsi dan apa lagi?

Cita-cita aku dahulu mahu bekerja di Salon rambut


2, 3 minggu lagi ke kelas maka berakhirlah semester 3 tahun kedua dan aku perlu bersedia untuk peperiksaan akhir. Itu cerita lain.
Cepat, ya sangat cepat waktu berlalu meninggalkan kita semua.

Semester ini semester aku paling ‘miskin’. Ke mana duit aku pergi itu aku tidak tahu. Tapi bila buka kembali buku ‘belanjawan 2009’ aku, sah-lah lambakan assignment punca aku bankrupt seperti cina kalah judi. Keluar sini, duit. Keluar sana duit. Duit je-lah kita semua ini. Pendek kata semua-lah guna duit. Ya-lah, kau tumpang kereta kawan ke mana-mana takkan kau nak kencing dalam tank menggantikan minyak. Tak begitu?

Bukan tidak berjimat, aku jimat selagi boleh. Makan apa yang ada, pakai apa yang ada. Tapi sekurang-kurangnya aku tidak merungut merengek bercerita hidup aku umpama orang susah. Pathetic tahu? Cuma menjadi masalah bila tiba masa untuk menerangkan pada orang tua kau. Orang tua yang kau kena tahan sedikit dengan bebelan dan bed time story mereka bercerita tentang zaman mereka ke sekolah dahulu, 15 sen belanja sehari, zaman ketika gaji RM90 sebulan dan lain-lain lagi kau tambah mengikut pengalaman kau sendiri. Selepas itu, baru kau terima ‘habuannya’. Itu lah masalahnya. Perbandingan zaman. Aku tanya kawan-kawan aku yang lain, semua akan bercakap benda yang sama. Masalah membanding-bandingkan zaman bila mereka minta wang. Memang memberi itu lebih berat berbanding tangan yang menerima. Aku tidak tahu bagaimana bila tiba saat aku merasa menjadi ibu bapa pula. Ingat ya, aku bukan mengutuk atau mengadu domba tentang ibu bapa aku, Cuma aku bercerita berkongsi apa yang aku alami. Jangan salah tafsir sudah.

Pulang ke KL untuk beberapa hari yang singkat satu nikmat bagi aku. Awesome. Sabtu yang lalu aku lepak bertiga bersama rakan-rakan yang sedang berusaha menambah baik proposal mereka dalam bidang advertising. Roti telur, limau ais. Roti telur, teh o' ais. Borak punya borak, tepi jalan simpang tiga. Datang idea, asalnya dari satu pokok cerita terus bertambah-bertambah. Membayangkan scene demi scene yang akan berlaku. What’s next? How’s the environment? Memang betul orang kata, idea boleh datang di mana-mana saja. Tepi jalan, simpang tiga, roti telur dan limau ais. ‘Masuk’ bunyinya.
Aku lega. Sekurang-kurangnya storyboard aku sudah sketched out. Tinggal masa untuk cari sesiapa yang bertangan cantik dan walauweh, Bam! Bam! Shoot.

Sekarang aku mahu baring fikir jalan cari duit lebih.
Kita ulang buat kali terakhir, Duit je-lah kita semua ini.

7 ulasan:

LSP berkata...

Duit jelah yang kita ada.
Pandai ya kau bermain kata.
Ya, kau hisap rokok, fesyen satu badan bagai, ayat tu tidak sesuai untuk kau....
Kau seolah-olah diperbuat dari duit.....
Sebab itu kau merasakan duit itu jelah yang ada...
kerana kau terlalu inginkan duit.

Ferdows berkata...

LSP,
kau sekolah habis ke tidak?
Jangan malukan diri sendiri di sini.

- Isabella - berkata...

merungut merengek bercerita hidup aku umpama orang susah itu pathetic kah?

aku baru tahu:)

LSX berkata...

sedih.. komplen psl duit xde. hai, ingatkan kaya sgt. x ar kaye mane pun kutuk org bagai.. jgn ckp bergantung to ptptn.,sedih. HINA.. duit jelah yg kite ade?? sad 4 u yg x mampu.

LBH berkata...

duit je lah kan semua. haha

lisanove berkata...

hisap rokok? bodoh aku katakan kalau kau takda duit. pi isap buat apa.

LSP berkata...

Aku sekolah habis dan sudah menjadi student foto part 4 pun wahai si pesimis.
kau memang materialistik.