Khamis, Mac 26, 2009

Kebaikan Youtube



Penerangan gambar: Sebelum, sebelum dan selepas.

Sabtu yang lalu aku ke Putrajaya. Festival Belon Udara Panas.

Pulang ke rumah, aku tengok kembali gambar-gambar yang diambil. Mulanya aku sangka memang ada 'objek' hitam di langit. Sudahnya semua gambar ada 'flying saucer' bak kata lecturer aku. Sah! Kamera aku sudah masuk fungus atau habuk.

Aku jadi kabut. Ya lah, tak pasal-pasal aku kena dan aku tak tahu bagaimana jalannya. Called orang sana sini minta bantuan. Tapi hampa, semua hanya mampu cakap 'hantar service je ar. Paling murah serat lebih, paling mahal tiga ratus'. Gila. Mana aku nak cekau duit?

Aku nekad dan aku mulakan teknik Google aku. Dapat.
How to clean you DSLR sensor (Blower Method)
Aku butakan mata pekakkan telinga. Walau aku baca dan dengar 'never open or touch your camera sensor' daripada pihak-pihak lain, terpaksa bai. Assignment nak dihantar seminggu lagi. Nanti hantar servis mahu makan berhari-hari.

Aku pulang ke kolej dan segera pinjam blower daripada seorang rakan. Perlahan-lahan aku buka lens. Aku tekan butang Menu dan aku turn on Mirror lock-up. 'Pap' aku tekan butang shutter. Cermin beralih mendedahkan sensor kamera. Aku halakan kamera ke bawah dan aku 'blow' angin ke dalamnya. Bukan blow yang itu, bukan. 'Sebiji-sebiji' aku ikut apa yang dalam video ajar. Siap.
Aku pasang lens dan halakan kamera ke permukaan dinding berwarna putih.
Walawehhh! Memang menjadi! Gambar terakhir itu buktinya.

Mana pergi habuk hitam? Itu aku tak tahu. Suka hati dia nak pergi mana jangan duduk di sensor kamera sudah.

Sekarang, terbukti kan macam-macam ada! di Youtube? Terima kasih Youtube.

How to roll a joint pun ada taw!
Smart gila!
:D

2 ulasan:

BH,kot! berkata...

bagus!
terus belajar sendiri
tanpa mengharap kudrat orang lain firdhaus!

Tanpa Nama berkata...

tahniah...hehehe-rain