Ahad, April 19, 2009

Melayu, Menipu Dan MLM.

Selamat sampai di Melaka. Habis cuti seminggu untuk study week yang diisi dengan aktiviti tidur, tidur, tidur lagi dan makan. Syurga sementara.

---------------------------------------

Seminggu di KL, aku jumpa kawan-kawan lama. Kawan-kawan membesar, 'menyamun', melepak buang masa dan segala jenis aktiviti kami lakukan bersama-sama. Bayangkan Jumaat lepas tiada angin tiada ribut, hampir 30 orang melepak bersama di kedai makan. Orang keliling yang lalu-lalang pandang semacam. Seronok betul kami kenang-kenang kembali zaman sibuk dengan Myspace, edit gambar bagai nak rak dan juga tangkap gambar dalam pelbagai posisi. Kelakar. I miss those good old days. Sekarang masing-masing dengan dunia sendiri. Ada belajar, bekerja pelbagai jenis pekerjaan dan tak kurang ada yang menganggur. Tidak mengapa, rezeki belum sampai barangkali.

------------------------------------------


"Bro, Abu (bukan nama sebenar) dah on the way nak keluar Nissan Fairlady. Kau tahu tak?"

"Ya ke? Gempak sial!" (Aku buat muka terkejut dan beria-ia ingin tahu cerita lanjut. Padahal aku tahu, ini semua bencana MLM)

Cerita bermula. Secara jujur, ya aku anti golongan-golongan yang buat bisnes MLM ini. Bukan tak percaya, memang aku tak percaya pun.

Berapa kali aku kena 'gebang', kena 'kencing' dengan kawan sendiri yang tipu kononnya nak bawa aku pergi tempat lain, end up aku di dalam dewan seminar, dengar 'ceramah', pulang dan perlu kembali bawa duit modal. Macam-macam jenis menara aku sudah sampai. Aduhai, masalahnya yang mudah percaya benda ini semua kaum aku, kaum MELAYU. Serious, benda ini kalau melarat boleh buat putus kawan tau.

Tapi seriously, aku jenis yang fikir jauh, sangat jauh bila aku nak ambil satu-satu tindakan.
Kau bayanglah, nak pakai Fairlady dalam umur awal 20-an? Kelakar beb. Ikut logik akal-lah bila berfikir, senang-senang ke bank nak bagi pinjaman dengan 'titik peluh' kau yang tak jelas sumber hasilnya, juga tak tentu jumlah pulangannya. Silap bro, silap. Aku malas nak bertekak dan sudahnya aku dengar saja 'ceramah' percuma mereka tentang mahu 'bantu Melayu'. Bantu Melayu pak hang.

Lagipun, kurang lebih 4-5 orang kawan aku yang sebelumnya beria-ia ajak aku turut serta, aku jumpa beberapa bulan selepas, muka masam mencuka bila aku ajukan soalan...

"Macam mana bisnes?"
"Kau jangan tanya lagi. Habis hangus duit modal aku"

Kasihan. Ini macam mana kira? Sudah aku cakap, tiada perkara yang senang-senang nak bagi kau duit selagi tak keluar peluh. Melacur pun keluar peluh, beb.

------------------------------------------


"Abang untung hari-hari dekat 20-30 ribu, dik" Dengan muka yakin buka buku akaun... bukan akaun bank. Akaun kedai. Ini satu brother borak sama aku tentang bisnes 'bawa orang makan, kau dapat pulangan' Macam sistem kedai makan, bezanya pakai kad. Ah, tipu lah pokoknya masih lagi berlandaskan MLM.

Saya bukan tak habis sekolah bang, senang-senang abang nak tipu. Lain lah kalau tunjuk Maybank2u ke, akaun CIMB abang ke. Terbeliak lah juga mata saya. Masalahnya ini buku akaun KEDAI. Saya pun boleh buat sendiri lah. Apa software semua ada sekarang. Lagi satu bang, untung 20-30 ribu, abang bawa Perdana V6? Sumpah abang adalah ikon saya. Memang berjaya bang, sangat berjaya. (Ini semua monolog aku sendiri je)


Sama juga dengan kes-kes sebelum ini. Selalunya aku akan dengar, ON THE WAY nak keluar kereta. Lepas berbulan aku jumpa, sama saja? Dalam mimpi je lah nak pakai Fairlady semua. Bila tanya, loan tak lepas lah, apa lah, tak jadi ambil kereta tuh la. MY ASS.

Sekarang, siapa yang buat MLM, betul-betul berjaya, pakai Fairlady apa jenis sport cars semua, kau hadir ke sini dan terbaca entri aku yang ini, apa kata kamu e-mail aku?
Kamu beri aku modal untuk melabur. Aku bab-bab PR dan nak 'gebang' orang ini memang aku bagus (Seperti kata 'kawan-kawan' MLM aku. Mereka kata aku boleh yakinkan orang) dan kita tengok aku boleh pakai Fairlady ke tak. Macam kamu, kamu dan kamu. Amacam?
Baru bantu Melayu, beb.

10 ulasan:

Patraque berkata...

Aku kurang setuju...
Aku stuju kalo dok dkt kdai mamak pastu brangan pkai kawasaki, fairlady, BMW.
Makan Mee, Mnum Teh owg blanja n lpekan angan2 tu...
senang cte aku pown tak yakin MLM.

Bukan susa bai!
bg pinjam duit, kte mula bisnes, untung byar blek duit dye.
kalo rugi, dye yg ajak msok.
Orang Melayu da otak, Tapi ltak kt lutut. Semua nak cepat, last2 sendri hanyut...

Naa berkata...

hahaha. adoi.. lawak arh. tataw nak ckp ape. tp cam kesian pon ada. yg i taw skarng ada mmber i msk ape ntah. but bkn mlm la. tataw ape plak. adoiyai. pening2.

suarahatijiwa berkata...

mmg boleh buat putus kawan..

melon. berkata...

orang dulu2 kata,
air dicincang takkan putus.
kalau diorang hidup zaman sekarang mesti peribahasa tukar,
air kalau dicincang guna MLM boleh putus.

Ferdows berkata...

Patraque,
lepak mamak mana? Kassim ramai gak 'bakal2' jutawan MLM.
Hahahaha.
Tuh la cite dia brav. Otak ltk merata pn tak boleh gak enn.

Lina,
Biasa la tuh. Biar mereka hanyut dgn 'dunia jutawan' mereka. Haha

Ferdows berkata...

suarahatijiwa,
tuh la cerita dia.

Melon,
nice quote there!

Tanpa Nama berkata...

sorang je aku penah jumpe, sukses dgn mlm nie... tapi dulu la... skarang mcm tak tak bejaye je...
hahahah... gelak gelak!!!

kalaula duit semudah berak terus dapat... tiap2 jam aku berak...

mlm, pada aku, dasarnya mudah, betul2 buat, tentu bole dapat...
dah dapat, belah la...

tunggu duit bejuta baru nak berenti... betul, betul, melayu ja yang beria-ia dengan mlm nie

Tanpa Nama berkata...

tony@zroe

atreyu strange berkata...

nih penah terjadi di kalangan member2 aku nih. and yes, dah putus kawan pun dgn dia. siotttttt!!!

Tanpa Nama berkata...

yeah bende betol la.xde ke penguatkuasa ke yg leh halang aktiviti mcm ni.member aku ada yg 1st msk trus labur 40k.haihh...leh promote blog ko nieh.
http://www.scribd.com/doc/231863/Rahsia-Penipuan-Internet
try bukak suma MLM dri sistem piramid kan?