Rabu, Mei 13, 2009

20 Tahun

Selepas lebih 24 jam aku menginjak usia di belakangnya yang berbunyi 'puluh-puluh', baru aku kembali 'waras' dan dapat menerima kenyataan. Selama lebih 24 jam berfikir telah mengajar aku dan sentiasa mengingatkan aku tentang 'meninggalkan zaman belasan tahun kamu, dan menginjak ke usia puluhan tahun' bukanlah perkara tidak menyeronokkan dan saw (ungkapan 'moden' untuk menggambarkan keadaan yang tidak menyenangkan)

----------------------------

Jadi di sini, terima kasih aku ucapkan untuk semua ucapan selamat hari lahir daripada ahli keluarga, rakan dan juga kenalan.
Perkara utama yang selalu kita abaikan ialah untuk berterima kasih kepada tuhan kerana masih lagi diberi peluang oleh-Nya untuk menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Jadi, terima kasih kepada Maha Pencipta langit dan bumi kerana masih memberi peluang kepada hamba-Nya yang masih jahil ini. (apa aku tulis ni?)

Semalam aku menghabiskan masa seharian di rumah. Tidak ke mana-mana pun. Tiada apa yang istimewa aku rasakan tentang menginjak usia 'puluhan' kecuali lauk tengah hari favourite yang mak aku masakkan dan salah seorang teman rapat yang ' menculik' aku untuk beberapa jam pada malam harinya untuk duduk berbual tentang 'perasaan menginjak usia dua puluh' dan belanja aku chocolate sundae daripada McD. Terima kasih.

Tak perlu-lah aku cerita tentang pahit manis selama hidup hingga mencecah usia dua puluh tahun. Terlalu banyak. Biasa-lah hidup kadang di atas dan kadang merasa pula di bawah. Umpama roda selalu orang kata. Cuma yang pastinya, semua pengalaman yang kita lalui mampu mendewasakan kita.

Selepas ini, aku perlu berusaha untuk fokus dan mencari 'titik tengah' hidup aku. Hari-hari yang mendatang, adalah (mungkin) 'seorang guru' baru yang membantu kau untuk berdiri semula ketika saat-saat kejatuhan kau.

Entri ini macam terlalu 'beremosi'. Geli bulu tengkuk bila aku baca kembali. Ok sudah cukup. Terima kasih sekali lagi.

2 ulasan:

Ikwnjfr berkata...

selamat ulang tahun rakan

uksh nia berkata...

Umur dah 20 tahun, malangnya kau tidak dapat berfikir dgn matang.
Pemikiran kau terkatup dgn ilusi permainan kau sendiri.
Marah sana, marah sini. itu tidak puas hati, ini tidak puas hati dan kau suka letakkan segala kesalahan di bahu yang lain. seolah-olah kaulah yang sempurna dan yang lain harus mengikut konon2nya cadangan2 bernas dari kau itu.Haha. Lihat sahaja bagaimana kau mempersendakan diri. Sangat berbeza aku lihat kau di Blog ini dan kau di Myspace. Hah. Pesimis yang Sinis.