Khamis, Mei 21, 2009

7 Pictures

'Induk Habsah and Her Niece'
'Cantiknya Buruk'
'Bottle of Hope'
'Bottle of Hope-2'
'Fire Cowboy'
'Steel Wool on Fire'
'Nitrous Oxide System(NOS)'

7 keping gambar 'mentah', yang dihantar dan dibentangkan sebagai salah satu tugasan aku semester lepas. Setiap gambar punya kategorinya sendiri. Daripada atas; Potrait, Building, Limited Depth of Field, Extended Depth of Field, Fast & Slow Shutter dan akhir sekali Panning.

Gambar bagi kategori panning dan fast & slow shutter adalah 2 jenis gambar yang mana proses menangkapnya buat aku ingin hempas kamera. (Memang tak lah)
Percubaan beratus-ratus kali.

"Nasib sekarang zaman digital. Kalau dulu zaman kamera filem, menangis lah awak semua"
Kata lecturer photo communication aku.

Aku rasa baru masuk semester 3. Memang aku masih tak percaya semester 3 aku sudah tamat. Perjalanan semester yang menarik dan sangat penuh dengan perkara baru. Aku paling seronok subjek photo communication ini lah. Tapi sekarang? Kamera sudah 'bungkus' elok-elok letak dalam almari besi.

Penyudah cerita? Aku dapat 34.9 out of 40 untuk tugasan di atas. Ok lah kan aku puas hati.

Tiada ulasan: