Isnin, Jun 29, 2009

Melayu, Menipu Dan MLM- Episod 2

Sambungan daripada yang ini.

Sampai bila-bila pun topik ini tidak akan tamat. Lagi-lagi aku tengah bercuti, memang tidak boleh mengelak daripada bercerita perkara yang sama dengan orang lain dan aku rasa aku sudah boleh mulakan siri tentang MLM ini.

------------------------------------------------


"Apa cerita kolej? Ok? Exam?"

"Oh. Aku dah extend belajar. Nak fokus buat bisnes ini betul-betul dulu. Nanti aku sambung belajar balik"


Lagi satu punca aku benci perkara begini. Tapi apa yang aku boleh buat pun? Kawan.... cakap salah, tak cakap pun salah. Tapi bila dah cakap, bangang sangat tak faham-faham. Maaf lah kalau kamu terasa. Jalan mudah sekarang, suka hati kamu-lah. Hidup kau, keputusan kau.

Janji aku cuma satu, kau pandu dan kau punya sebuah sport car idaman kau, Fairlady (tipikal cita-cita 'bakal jutawan' Melayu) mungkin? dan kau masuk kawasan perumahan sini, aku orang pertama datang sujud kaki kau. Sumpah. Sujud tahu. Jangan main gila. Kemudian aku akan fikir jalan cari duit modal ribu-ribu, tangguh belajar dan datang 'menyembah' pada kau.

Enough said.

Aku ada satu rahsia tentang 'mereka'. Jadi depan mata aku sendiri. Nanti sambung.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

anak2 melayu sekarang mmg camni...
yg berjaya bangsa mana..??
"si sepet" jugak...
-MURJANA-

Ferdows berkata...

Tak de masalah dgn kejayaan bangsa lain. Ini masalah inidividu. Senang sangat percaya benda2 mcm ni.

Qasiyh berkata...

pernah percaya,pernah join,pernah dapat...
tapi first month je la dpt,naseb baek blk modal...
mmg btol tau "ABG2" kat atas tu mmg tipu kuat...
diorang ckp "senang je nak kaya" tp sebenarnye diorang yg ambil "jalan senang"...
huh...

arnamee berkata...

salam^^

mcm2 da sye dgr^^
uuhu

stannum berkata...

melayu slalu bljr tak habis...melabur la kt asb ke...ni dah ada yg baru,amanah shm 1M'sia...apa lg join ah...biar lambat asal selamat daa...lg satu gejala nombor ekor,pakcik2 melayu mmg suka nih...gila tak bernas nak kaya cepat dgn cara tuh...