Khamis, Julai 09, 2009

Semester Baru.


Berakhir sudah majlis perkahwinan kakak aku. Sekitar November tahun lepas, mereka bertunang dan ahad yang lepas mereka diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Alhamdulillah.

Hidup baru untuk kakak aku, semester baru untuk aku

Semester ke 4 tahun kedua di sini. Semester baru yang bermula agak hambar bagi aku dengan pelbagai masalah rumit lagi-lagi yang melibatkan sistem dan website uitm. Universiti bertaraf dunia? Jangan buat lawak.

Dengan masalah pelajar yang mendaftar kolej hampir semua tidak dapat, tapi yang tidak mendaftar dapat pula kolej. Pelik.
Lagi masalah sistem dewan makan yang sudah dimansuhkan dan diganti dengan sistem insentif makanan (bukan semua dapat) Bagus lah dan terima kasih aku ucapkan. Tapi kenapa beratus kali aku register, aku tak dapat pengesahan sama ada permohonan aku diterima atau tidak? Asyik-asyik error, error dan lagi error. Universiti bertaraf dunia? Jangan buat lawak.

Kasihan pelajar baru tidak dapat lah merasa suasana dewan makan. Pakai kad makan 28 ringgit seminggu.

Apa kerajaan sudah cut-cost ke?

Heh!

3 ulasan:

dabuldahi berkata...

pergh!!!

buat majlis perkahwinan bukan nak aku...

sedih nya......

xdapat gak makan free.

gadisjahat berkata...

kakak kau kahwin? tak tahu pun.

oh maybe kau terlupa aku kot? :)

kecik berkata...

uitm melaka ke?
aku baru daftar. dan memang mcm hampeh la pasal insentif makanan tu.