Isnin, Ogos 03, 2009

Akhbar Tabloid Dan Kita.

Fuhh. Lama betul tak update.Hampir aku lupa yang aku punya blog.

Jadi, kurang seminggu lebih yang lalu negara digemparkan dengan pemergian Yasmin Ahmad. Hampir satu Malaysia merasai kehilangan seorang insan yang untuk dicari penggantinya hanya akan ada seribu tahun lagi. Mungkin. Tidak perlu kita bicara apa sumbangannya, apa ideologi-ideologinya mahupun siapa dia kerana semua sudah tahu jawapan kepada persoalan di atas.

Cuma di sini, aku tertanya-tanya tentang tindakan bodoh akhbar tabloid Kosmo, menerbitkan artikel yang mengaibkan si mati. Lebih memburukkan keadaan, artikel 'Daripada Striker Bola kepada Pengarah Tersohor' tersebut disiarkan sehari selepas kembalinya Yasmin Ahmad ke alam baqa.

Apa nawaitu wartawan terbabit aku tidak tahu. Mahu jual surat khabar pun takkan sampai begitu sekali? Tanah kubur orang pun masih merah lagi.

Beberapa minggu sebelum pula, pengurusan akhbar tabloid nombor 1 negara (mengikut kata mereka) Metro, menanggung malu akibat tindakan wartawan mereka mereka-reka artikel 'Restoran Berahi' berserta gambar kononnya sebagai bukti dan dipampangkan di hadapan surat khabar mereka. Selepas disiasat, nyatalah restoran tersebut tidak wujud di sini tetapi terletak di negara jiran. Malu, memang malu.

Persoalan sekarang, mengapa sampai begini tindakan mereka? (wartawan mahupun pihak pengurusan)

Atas alasan mahu jual surat khabar mereka? Mahu kaut untung dengan artikel mengaibkan orang lain mahupun artikel yang direka-reka hanya supaya pembaca tidak lari?

Tak masuk akal. Sampai bila-bila pun, media arus perdana tidak akan berlaku jujur dengan masyarakat.

Korupsi? Adat lah.

*Kredit kepada muzzafarsalleh untuk keratan gambar artikel.

3 ulasan:

pali berkata...

akhirnya..hehe

Ikwnjfr berkata...

aku baru ingt nk pegi party berahi tu

Aku berkata...

I'll never read those 2 papers. so picisan la!