Jumaat, Ogos 21, 2009

Melayu, Pangkat dan 'Perjuangan'.

Angka kematian akibat h1n1 kekal 67 orang. Itu angka terakhir yang aku tahu. Kita tunggu esok.

-------------------

Betul-lah orang kata, mendapat pangkat di permulaan nama mampu merubah sikap seseorang. Adalah menjadi satu kebiasaan bila mana kita mendengar perbualan seperti
"Oh, anak Tan Sri itu ke..."
"Hmm biasa lah tuh sejak dapat Datuk ni...."
Semacam gah bila mana orang kita bangga bercerita yang dia kenal Datuk ini, berkawan dengan anak Tan Sri yang itu dan pelbagai lagi. Memang tidak dapat elak. Ya, memang tak di nafikan pangkat pada pangkal nama itu penting. Mudah dapat projek sana sini. Senang mahu minta itu, minta ini.
Tidak kisah lah, yang penting memang menjadi lumrah masyarakat kita yang pangkat itu penting. Apa di padang Masyar nanti ada pangkat pada pangkal nama ini akan menyebabkan mereka dihisab terlebih dahulu atau dapat pass VIP lane itu aku tidak tahu.

-------------------

Politik Dalam Pendidikan.

Satu lagi perkara yang memang tidak dapat kau elak bila mana kau memilih untuk menyambung pelajaran di mana-mana Universiti hak milik kerajaan.
Adalah menjadi satu perkara yang memalukan bila mana seorang yang punya pangkat, belajar tinggi-tinggi hingga ke luar negara dan pulang ke sini menyandang jawatan sebagai pengarah kampus, boleh mengeluarkan kenyataan berbunyi lebih kurang seperti:
"H1n1 itu adalah satu virus/agenda ciptaan bangsa lain untuk memusnahkan bangsa kamu, bangsa Melayu"
Lagi,
"Penutupan kampus di Penang bukan oleh kerajaan negeri, tetapi oleh exco-exco yang kamu tahu berbangsa apa bukan? Ca ya nun alif.
Siap berpesan supaya tidak direkod kenyataannya takut mengundang cakap-cakap tentang berlaku rasis. Ya, memang rasis.

Dalam sibuk kita Malaysia menuju konsep 1Malaysia, dan diri sendiri beria-ia memperjuangkan idea 'baru' perdana menteri kita, masih tidak dapat dibuang sikap bersangka buruk dan tidak berfikir panjang mengeluarkan kenyataan. Budak-budak yang setia duduk di kerusi di bawah mendengar bukan-lah budak-budak yang mudah untuk kau doktrinkan dengan apa yang berlegar-legar di dalam kepala otak kau. Apa mampu aku buat. Mengelak? Mana boleh. Sudahnya 2 jam aku terbazir mendengar ceramah tidak masuk akal tentang virus h1n1, penutupan kampus dan sikap orang Melayu yang 'suka dapat cuti'.

Sayang, sebagai manusia lagi-lagi menjadi ibu bapa memang menjadi lumrah yang kau akan risaukan anak di kampus yang nombor suspek h1n1-nya semakin meningkat dari hari ke hari. Apa kau lebih rela biarkan anak kau di sana? Bukan lah minta sangat untuk ditutup kampus atau bercuti, memang tidak membantu dari segi apa-apa pun. Pelajar pun rugi kerana jadual pembelajaran telah terganggu.
Seminggu di tutup dan hampir sebulan telah berlalu.
It's funny when you keep mentioning closing the campus few weeks back is one of the bad decision that you've ever made. Lagi pula, kau kaitkan penutupan kampus dengan perjuangan orang Melayu yang mudah mengalah. Mengalah terhadap apa sampai sekarang aku tidak faham. Ini soal keselamatan juga kesihatan. Bukan soal mahu mempertahankan hak-hak apatah lagi 'ketuanan' Melayu. Apa orang Melayu ini semua immune ke terhadap virus yang penawarnya masih dicari-cari? Sebab ilmu kebal? Lagi tak masuk akal.

........... masih mencari mana relevannya mahu dikaitkan h1n1 itu satu agenda 'membantutkan' 'sesi pembelajaran' anak bangsa supaya mampu berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain.


Aku tak sangka orang profesional sendiri 'jauh' lebih jauh berfikir melampaui batas pemikiran manusia biasa.

Ya-lah, sampai boleh terfikir terciptanya satu virus untuk menganggu-gugat bangsa Melayu.
Memang hebat bangsa Melayu ini. Aku pun Melayu dan aku patut tumpang bangga aku rasa.
Sampai bila aku terpaksa berlakon untuk 'nganga dan suap' terima apa saja dan dengan mudah proses segala-galanya aku tidak tahu.

Aku mahu tidur sekarang.

1 ulasan:

adlynndiyana. berkata...

a thumbs up and a smile is all i can give :)