Rabu, September 09, 2009

Kecewa




Aku (kami) ke Utusan Karya semalam. Ke sana untuk menyiapkan laporan bagi subjek Publishing. Perlahan-perlahan setiap tugasan mula menampakkan hasil. Syukur. Terima kasih kepada Sidang Redaksi majalah Saji yang sudi meluangkan sedikit masa untuk kami. 2 orang wartawan sahaja dan seorang editor mengendalikan satu majalah. Hebat.

Dan di atas itu namanya Mr. Aru. Pemegang ijazah daripada London School of Publishing. Bukan sebarang orang boleh duduk di bahagian percetakan walaupun duduk dalam kawasan bising penuh dengan mesin-mesin 'gergasi'. Lulusan luar negara, tahu?

Tidak mengejutkan bagi aku, yang majalah Mastika ialah majalah paling laris setiap bulan jualannya, laris daripada majalah-majalah lain keluaran Utusan Karya. Ya, ini fakta.
Lihat-lah, Malaysia!

----------------------

Kecewa. Kecewa sebab sehari berpuasa tahan lapar dahaga apa nafsu semua. Tiba waktu berbuka dan kau buka bungkusan nasi goreng ayam, nasinya sudah basi lembik macam dicurah air siap berbau masam. Apa perasaan kau? Satu malam semalam aku makan hati. Bengang.

Berniaga di bazar dalam persekitaran Universiti yang kita tahu majoriti pembelinya adalah pelajar, bukan-lah alasan untuk kau anggap "Ah budak-budak ini macam ayam jugak. Nasi semalam pun boleh 'beduk' agaknya"

Bangsat.

1 ulasan:

Wolverina berkata...

org2 sekeliling aku yg beli mknn di bazar ramadhan pasti meluahkan rasa marah mereka bila time berbuka. popia basi, ikan semalam, murtabak bawang etc.

peniaga2 ni tau nak untung je. apalah salah buat amal sikit bulan puasa...