Rabu, September 02, 2009

Selamat Datang, September.


"Bosan sebab sudah beratus tahun berdiri saja gamaknya"

-----------------------------------------

Masuk bulan ke-9 untuk tahun 2009. 4 bulan lagi sebelum mengucapkan selamat tinggal 2009. 9 bulan punya banyak perkara yang telah dilakukan yang tak mungkin semua dapat disenaraikan di sini.

Haish. Aku tidak tahu bagaimana untuk mula barangkali.
Satu tahun berlalu dan sangat lucu bila mana perkara yang sudah lama orang lupakan, orang diamkan kau masih berminat mahu menjaja galak bercerita pada orang lain. Kasihan.
People do talk about other people, a lot. They won't stop. Itu hakikat yang kita perlu terima. Ya, aku juga terima. Cuma, timbul sedikit belas kasihan dengan orang begini yang tidak tahu pokok pangkal cerita tetapi malu bertanya.

-----------------------------------

52 tahun Merdeka dan kita masih lebih suka mengusung kepala lembu, meludah serta memijak sesuatu yang agama lain sangat hormati dan junjungi. Itu orang kita. 1Malaysia kau kata? Lupakan jika bagi kau, Malaysia ini kau seorang yang punya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52 Malaysia dan Salam Ramadhan (Walaupun sudah 12 hari berpuasa)

Masa untuk bersahur.

1 ulasan:

FdausAmad berkata...

Gua nak ajak lu lepak lepak nlog gua.Rilek rilek.