Aku bukan-lah dilahirkan atas dulang emas jauh sekali lahir siap bersudukan sudu perak. Jadi, soal wang ringgit itu satu perkara 'besar' buat aku. Dapat peluang bekerja aku 'pukul' habis. Tak kisah lah kakak-kakak di pejabat panggil aku 'budak gila duit/OT'. Peduli apa aku? Aku bujang, masih tinggal bersama keluarga dan tidak punya tanggungjawab anak bini. Jadi bukan masalah untuk aku bekerja lebih masa dan pulang ke rumah kadang hampir waktu orang sudah mahu solat Subuh. Zaman bekerja memang aku senang. Ada duit sendiri. Mampu-lah beri sedikit jika ada lebih pada mak bapa aku. Seronok, tapi jauh dalam hati aku, aku tidak selesa dan rasa ketinggalan sebab waktu itu kawan-kawan sudah mula ke Universiti dan balik hujung minggu mereka galak bercerita. Rasa ketinggalan. Sudahnya aku dapat sambung dan beza satu semester saja dengan yang lain. Itu pun boleh jadi isu ya? December intake ke, July intake ke sama saja kesudahannya kalau belajar tah ke mana.
Jadi di sini, aku kurang selesa dengan mereka yang tak pernah faham keadaan aku sekarang. Galak bercerita mereka ada itu ada ini, berapa jumlah wang dalam akaun bank atau perkara lain. Sekali sekala memang tidak mengapa, tapi bila selalu sangat dengar aku pun 'angin' Lagi kau kata aku berkira soal wang ringgit. Berkira bagi aku, jika makan untuk diri sendiri disekat-sekat dan lebih selesa tumpang makanan orang lain. Itu memang berkira. Tidak salah jika aku berkira-kira untuk beli atau tidak t-shirt yang aku suka, barang yang aku perlukan atau perkara lain. Lagipun menjadi hak aku untuk rancang perbelanjaan aku sebab aku bukan seperti kau, telefon minta dan dapat. Mudah. Mengungkit? Itu perkara lain. Juga, berfikir panjang-lah sebelum mengeluarkan kenyataan, kerana mulut memang mampu 'membunuh'. Manusia.... sudah senang sikit rasa dunia ibarat dia yang punya. Tak boleh orang lain lebih.
Sudahnya aku ambil jalan mudah untuk mendiamkan diri dan perlahan-lahan menjauhkan diri. Mudah. Win-win situation bagi aku. Aku tidak menumpang lagi dan tiada lagi sebab untuk mengungkit isu duit minyak. Aku tidak lagi keluar bersama dan tiada lagi sebab untuk kau kata yang aku ini berkira untuk beli itu dan ini.
----------------------
Satu perkara yang sudah lama aku tidak buat.
Selamat datang Oktober.
2 bulan saja lagi dan kita tutup tirai tahun 2009. Terlalu pantas bukan?
Berbaki 3 minggu untuk hantar segala laporan dan bentangkan.
Final kemudiannya dan aku tidak sabar untuk cuti semester.

1 tak nak kalah:
hehe..typical dhous..dr skola stil d same..gud for u...-cha
Catat Ulasan