Khamis, Oktober 29, 2009

Omelan Kecil

She looks exactly like me, 20 years back

Pejam celik, pejam celik hampir 4 semester berlalu. Hampir 2 tahun aku habiskan masa di sini. Banyak, terlalu banyak perkara baru yang aku belajar. Melaka, Bandaraya Bersejarah kata orang. Ya, setahun lagi dan aku mahu tutup 'sejarah' aku di sini dengan pantas. Sepantas mungkin.

Jujurnya, kebelakangan ini aku rasa selesa. Bebas. Tersusun. Life's good lately. Too good at times. Mudah, kalau orang buat palat dengan kita, 'potong' terus nama mereka daripada hidup kau. Memang membantu, sangat membantu. Aku selesa menjadi siapa aku sekarang. Dulu aku lekas kelam-kabut. 'Mencanak-canak' mahu perbetulkan keadaan kalau aku dengar orang lain bercerita tentang aku. Tapi bila difikirkan semula, kenapa aku buang masa untuk itu semua? Memang kita manusia, topik paling seronok untuk dibualkan ialah 'Tentang Hidup Orang Lain'. Di pejabat, konti radio barangkali juga di tempat makan. Di mana-mana.

--------------------------

Minggu-minggu final examination. Anak buah pertama dalam keluarga. Hanna Bathrisyia. Itu nama diberi. Indah, sangat indah. Teruja dan kadang aku rasa aku sudah tua. Terlalu tua untuk sesetengah perkara. 'Tersusun' bukan hidup aku kebelakangan ini? Tapi aku tidak mahu terlalu gembira dan selesa dengan situasi sekarang. Barangkali mampu mengundang cilaka.

Berbaki 4 kertas peperiksaan saja lagi dan 2 minggu lebih sebelum peperiksaan tamat.
Selamat datang, cuti semester. Datang segera, terlalu banyak rancangan di dalam kepala.

Tiada ulasan: