Sabtu, November 14, 2009

Usaha Murni Google



Saban kali Google dengan idea-idea kreatif mereka menukar Icon Google dalam pelbagai karekter dan bentuk jika terdapat sebarang 'perayaan' atau tarikh yang berkait dengan sesuatu peristiwa, aku gagal save as imej-nya. Berjaya akhirnya buat kali pertama.
Ini koleksi lima hari sempena 40 tahun Sesame Street. Gila. 40 tahun lamanya dan aku rasa ada lebih daripada 5 imej sebenarnya. Sesiapa ada simpan?

Satu usaha 'kecil' daripada pihak Google, tapi besar impaknya. Sekurang-kurangnya, kita yang tidak pernah ambil peduli tentang sesuatu perkara jadi terdidik sama.
Lebih kurang situasinya seperti:
"Oh, hari ni ke tarikh Graham Bell cipta telefon dulu-dulu"


"Oh. Samuel Morse ke yang cipta Morse code. Baru aku tahu"
(monolog)
Setakat ini, aku suka Google icon yang dipaparkan dalam bentuk Morse Code, 27 April lalu.
Kreatif.
Aku masih ingat aku jadi gelabah bila aku tengok Google icon 27 April lalu. Aku ingat laptop ada masalah ke sampai imej jadi begitu. Bila cursor digerakkan, baru faham dan tahu. My bad

--------------------------

3 minggu berturut-turut di Melaka tanpa pulang ke 'pusat dosa', Kuala Lumpur. Satu pencapaian 'terbaik' dan 'rekod doh kau!' bak kata kawan-kawan yang lain. Entah mengapa, kali ini aku rasa selesa di sini. Tempoh sesuai untuk nilai diri sendiri. Tidak toleh ke belakang, yakin dengan perjalanan di hadapan.

Paper terakhir Ahad ini dan aku masih belum mula apa-apa. Setakat baca notes sekali imbas, memang tak menjadi. Got to go.
Selamat malam, Malaysia.

3 ulasan:

Patraque berkata...

Lepas ni brail pun kte smbut dkt google.... mse tu ag ko cuak, dgn lptop ko slalu da mslh tue...
heheheh!!!

missnina berkata...

sweet je google ..diorg mmg ke depan (betul2 thnik out of the box)


salam singgah,nice blog

greenfantasy berkata...

sye berjaye prnt screen gamba yg terakhir....
Follow this link:
http://m-e-n-c-a-r-i.blogspot.com/2009/11/aint-it-cute.html