Selasa, Mac 02, 2010

Penang Tidak Mengalukan Kehadiran Aku.

Tiba di Penang sekitar tengah malam Sabtu yang lalu. Buat pertama kali dalam hidup menjejakkan kaki di Pulau Pinang. Sebuah pulau yang indah pemandangannya di malam hari dan terlalu banyak bangunan-bangunan yang berusia ratusan tahun. Memang cantik.

Tujuan aku bersama kumpulan Audio Video ke Penang adalah untuk penggambaran dokumentari kami. Ya, sudahnya kumpulan aku dapat dokumentari dan kami ambil keputusan untuk buat 'food documentary'. Mudah dan dalam masa yang sama dapat berjalan ke negeri orang.

Jadi, kami di Pulau Pinang untuk minggu pertama penggambaran. Mulanya semua berjalan lancar daripada awal pagi Sabtu di lokasi pertama kami, Pasar Bisik Kota Kuala Muda. Dalam perjalanan ke lokasi kedua, dengan suhu panas membahang di atas kepala, stress tidak cukup tidur, penat badan berlari ke hulu ke hilir dan seterusnya........
Aku habiskan baki 24 jam di Pulau Pinang di dalam wad. Memang tak menarik langsung. Serangan epilepsi mendadak dan doktor sendiri pelik memandangkan keluarga aku tiada sejarah serangan sawan atau penyakit sewaktu dengannya. Jadi, aku pulang dari Penang dengan bibir terjuih bengkak kerana jatuh tersembam, dan kiri kanan lidah hancur diketap gigi. Itu semua berlaku tanpa sedar. 21 tahun hidup tidak pernah ditahan di hospital, sudahnya Hospital Pulau Pinang menjadi 'saksi' buat pertama kalinya.


Syukur-lah, kumpulan AV aku masih meneruskan shooting dan kami dapat apa yang kami mahu. Cuma aku minta maaf, sebab apa yang terjadi jadual sedikit terganggu dan semua pulang lewat ke KL.
Minggu depan, Terengganu dan Pahang pula.

3 ulasan:

si buta warna berkata...

semoga sembuh.

Tanpa Nama berkata...

eh, teruk jugak kan luka u. dasyat.

-rajaizzati-

Amsyar Alaauddin berkata...

Penang bukan tidk mengalukan
cuma masanya belum sampai barangkali.