Ahad, Mac 28, 2010

RM 3000 & 7 Lokasi.

*Missing photos: Lokasi ke-4 iaitu Kuala Lipis dengan Ikan Patin Masak Asam Tempoyak-nya. Aku sinus sepanjang hari jadi tiada mood untuk mengeluarkan kamera dari bag.

Ya. Bermodalkan 3000 Malaysia ringgit, berjaya kami bergerak ke hulu-hilir. 7 lokasi semuanya. Orang 'futih' kata, 'money management is very important'.

Dengan kes sawan di Penang (sudah tentu aku), Hai Peng Kopitiam yang tidak beri kebenaran untuk shooting pada saat-saat akhir dan pelbagai masalah lain. Belum campur yang ini tarik muka, si polan ini marah si polan itu serta perkara lain. Biasa-lah mana ada kerja yang boleh kau senang-lenang selesaikan dengan senyuman sepanjang masa lagi-lagi bekerja dalam kumpulan yang besar. Semua cabaran dapat kami tempuhi. Cewahh.

Hampir 4 minggu untuk proses pra-produksi, 2 minggu terlewat dari jadual kerana beri masa aku 'sembuh' (sekali lagi aku) serta beberapa perkara lain yang tak dapat dielakkan. Jadi berjaya kami selesaikan semua dengan jayanya. Alhamdulillah.
Semua ini pengalaman yang tak mungkin akan aku lupakan sewenang-wenangnya; dengan deraian air mata, rembesan darah di depan wad kecewasan (juga aku), titik peluh keringat masing-masing yang menyumbang tenaga dan lain-lain, dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim aku 'tutup' proses pra-produksi dengan cerita suka-dukanya dan bermula sekali lagi masalah lain, iaitu proses pos-produksi pula.

Aku tidak mahu terlibat, boleh?
MANA BOLEH, keras kata mereka.

3 ulasan:

bungaohhbunga berkata...

dhaous!
bile tayangan? i nak tengok!

azrul adnan berkata...

prgm apa ni daus??

poppy dy berkata...

Wowww, best kuuut :)