Isnin, Mac 08, 2010

Syukran.

Buka bungkusan nasi beriani kari daging, ayam masak Musamah resepi rahsia mak dan ikan masin. Hampir mengalir air mata aku sebentar tadi.

Seminggu 'hilang' nikmat makan memang buat aku teruja, lagi-lagi bila menghadap makanan yang boleh buat semua orang pun kecur air liurnya. Saat-saat seperti sebentar tadi buat aku terbayang, bagaimana keadaan mereka yang makan melalui tiub sepanjang hayat, atau hilang deria rasa lidah mereka atau lebih menyayat hati mereka yang kebuluran di luar sana.

Syukur-lah kita Di Malaysia, bukan negara sedang dengan perang saudara atau agama atau perkara lain.
Syukur Alhamdulillah juga lidah aku sudah kembali seperti biasa. (senyum lebar)

Tiada ulasan: